Kenapa halang wartawan nak tanya Tok Guru?

Usaha wakil media mendapatkan ulasan Mursyidul Am Pas, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengenai pemilihan parti itu yang sedang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini sebaik beliau pulang dari mengerjakan umrah petang semalam, tidak kesampaian apabila dihalang sekumpulan pengawal peribadinya yang turut menghambur kata-kata kesat.

Meskipun Tok Guru Nik Abdul Aziz yang kelihatan bersedia untuk ditemu bual, namun beberapa lelaki yang bertindak mengawalnya sebaik keluar dari bilik kenamaan Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra dekat Pengkalan Chepa semalam, segera mendorongnya memasuki kenderaan yang sedia menunggu.

Menteri Besar Kelantan itu selalunya tidak mengecewakan permintaan wartawan dengan menjawab soalan yang diajukan kepadanya.

Kata-kata kesat berunsur penghinaan yang dilemparkan seorang daripada lelaki (Abe Jak ke Ni?) yang mengawal Nik Abdul Aziz boleh mengundang pertelingkahan jika wakil media yang hadir dan menunggu lebih 30 minit sebelum ketibaan beliau, tidak dapat mengawal perasaan.

Tidak mengapa, Esok masih ada?

Advertisements

Satu Respons

  1. biasala…wartawan…….nak cari isu2 sensasi la…tu…..nak porak perandakan pas……..x habis kerja2 jahat……..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: