Syarat mesti Ulamak tidak terkandung dalam Perlembagaan PAS

Syarat Presiden, Timbalan Presiden PAS disandang oleh Ulamak tidak terkandung dalam Perlembagaan.

Pesuruhjaya PAS, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman berkata mana-mana pihak bebas membuat cadangan dan mengemukakan pandangan berhubung perkara itu.

“Ini merupakan perkembangan sihat, asalkan yang diperkatakan itu tidak terkeluar daripada apa yang ditetapkan oleh oleh Perlembagaan Parti,” kata Ustaz Abdul Ghani yang juga merupakan seorang AJK Dewan Ulamak PAS Pusat.

Fasal 22 dan 23 Perlembagaan PAS tidakpun menyatakan Seorang Presiden dan Seorang Timbalan Presiden merupakan dari kalangan Ulamak. Jelas, tidak ada kesamaran lagi. Mengapa ada pertikaian?

Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Takiyuddin Hassan (Peguam) menyokong kenyataan Ketua Dewan Ulamak supaya dua jawatan tertinggi parti disandang golongan Ulamak, walaupun ia tidak tercatat dalam Perlembagaan parti namun ia tetap dilaksanakan.

Katanya, situasi itu dalam bahasa undang-undang disebut sebagai ‘convention’ dan ia diterima sebagai suatu benda yang diterima walaupun tidak tercatat dalam Perlembagaan dan juga tidak boleh dipertikaikan oleh mereka yang waras.

Issh sedap mainan kata-kata Takiyuddin. Setuju dengan tidak ikut Perlembagaan, tidak boleh dipertikaikan. Mereka yang waras.

Nampaknya semacam orang yang patuh dan ikut Perlembagaan sebagai orang tidak waras. Apa masalah Takiyuddin ni sebenarnya? Semacam ada masalah peribadi jer?

Sementara Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mencadangkan supaya isu ulama dan profesional dibincangkan secara terperinci dalam muktamar agung parti itu Jun ini. Baca Biar Muktamar tentukan siapa layak

Ulamak hanya tradisi
Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustza Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata apa yang lebih penting ialah pemimpin yang dilantik menerajui kedua-dua jawatan tertinggi parti adalah mereka yang mendukung kepimpinan Ulamak yang menjadi dasar parti.

Menurutnya tradisi yang diikuti oleh PAS sejak sekian lama bagi mengekalkan kepimpinan ulamak boleh berubah.

“Walaupn Ulamak tetapi kalau tidak mendukung kepimpinan Ulamak. ia bertentangan juga dengan dasar perjuangan PAS. Sebaliknya jika orang itu profesional tetapi mendukung kepimpinan Ulamak, itu tidak mengapa,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Siapa saja layak asal fahami Islam – Ahmad Awang
Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang berkata golongan profesional mahupun ulamak layak memimpin parti asalkan mereka memahami Islam dan berpendidikan tinggi.

Katanya parti itu tidak pernah menetapkan garis panduan tentang siapa yang layak untuk dilantik sebagai pemimpin PAS.

“Siapa saja layak samada yang mempunyai latar belakang atau agama atau profesional layak menerajui PAS,” kata yang juga Pesuruhjaya PAS Perak.

Golongan Profesional ada kebolehan tersendiri – PJ PAS Negeri Sembilan
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar berkata persoalan siapa yang layak menerajui parti samada golongan profesional atau ulamak tidak wujud kerana kedua-duanya memeiliki kehebatan dan kebolehan tersendiri.

Semuanya mengulas mengulas mengenai perbezaan pendapat antara Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang dan Ketua Dewan Ulama, Datuk Mohamed Daud Iraqi berhubung dua jawatan tertinggi dalam parti berkenaan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Pas disandang oleh golongan ulama.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mustafa Ali (antara pelopor Usul mengenai Kepimpinan Ulamak) berkata, kedua-dua jawatan tertinggi dalam parti itu boleh ditandingi oleh sesiapa sahaja ahli parti yang berminat.

‘‘Dalam Perlembagaan parti, tidak terdapat sebarang peraturan yang menyatakan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden perlu dipegang oleh ulama,’’ ujarnya.

Beliau menyifatkan apa yang diperkatakan antara kedua-dua pihak tersebut sebagai pendapat peribadi masing-masing.

Advertisements

2 Respons

  1. salam….ko nie mcm orang datuk husam jer…nmpak sngat bela dia…….aper ko dibayar ker untuk….backup dia……sedor la…diri sikit…jgn la….duk buat kerja x faedah…duk lagakan pemimpin pas……

    sokong kepimpinan ulamak….

    Editor:
    Saya tidak sokong mana-mana. Saya hanya sokong Perlembagaan PAS. Fasal 22 dan 23 kata jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak khusus untuk Ulamak, ia terbuka kepada semua ahli PAS.

    Saya juga sokong kenyataan Datuk Mustafa Ali berkata, kedua-dua jawatan tertinggi dalam parti itu boleh ditandingi oleh sesiapa sahaja ahli parti yang berminat.

    ‘‘Dalam Perlembagaan parti, tidak terdapat sebarang peraturan yang menyatakan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden perlu dipegang oleh ulama,’’ ujarnya.

    Beliau menyifatkan apa yang diperkatakan antara kedua-dua pihak tersebut sebagai pendapat peribadi masing-masing. Baca perenggan akhir di sini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: