Ulamak-Profesional, layak pegang Presiden dan Timbalan Presiden – Tok Guru

KEMASKINI: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang sebelum ini ‘membayangkan’ akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan pada Muktamar parti Jun ini, enggan lagi menyentuh soal parti bagi mengelak timbul salah faham di kalangan anggota parti itu.

Beliau juga enggan mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menegaskan hanya golongan ulama-profesional yang layak memegang jawatan presiden dan timbalan presiden parti.

“Saya sekarang ‘berpuasa’ daripada bercakap soal parti. Lagi banyak ia dibincangkan dalam akhbar lagi menimbulkan keresahan kepada anggota parti.

“Tumpuan utama saya adalah soal perpaduan parti supaya imej PAS tidak terjejas menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau sebelum itu melawat mangsa kebakaran melibatkan 13 rumah di Blok Tanah Merah, Kampung Ayer Lanas, di sini Jumaat lalu.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan hanya golongan ulama profesional yang layak memegang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu pada pemilihan yang akan diadakan bulan depan.

Beliau berkata mereka yang ingin menawarkan diri bertanding jawatan tertinggi parti itu perlu bermuhasabah diri sama ada mereka benar-benar memenuhi kriteria yang ditetapkan parti.

“PAS parti pimpinan ulama. Memang dulu ulama tidak berpelajaran tapi kini ulama sudah banyak yang terpelajar dan pandai. Dia ulama dia jugalah profesional.

“Ulama dan profesional ni kita gabungkan. Dah lama dah selesai benda ni, sepatutnya tak timbul lagi isu,” katanya ketika ditemui pemberita di kediaman beliau di Pulau Melaka, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pemilihan parti bulan depan yang dijangka menyaksikan saingan sengit untuk jawatan Timbalan Presiden yang dikaitkan dengan hala tuju sebenar parti.

Penyandang jawatan, Nasharuddin Mat Isa telah mengesahkan untuk mempertahankan jawatan itu.

Sementara itu Naib Presiden, Mohamad Sabu bertegas enggan berundur walaupun kemungkinan diasak calon sepopular Datuk Husam Musa.

Mohamad sabu berkata, beliau tidak akan berkompromi dengan Husam dan menarik diri daripada bertanding jawatan tersebut.

“Kerana orang yang hendak pimpin saya mestilah lebih berani dan lebih pandai daripada saya.

“Sama ada anda bersama saya atau anda tinggalkan,” katanya di sidang media di pejabat PAS di ibu negara hari ini, yang dipanggil untuk mengumumkan solat hajat khas bersempena sidang DUN Perak. Khamis ini.

Antara nama yang disebut-sebut akan mencabarnya ialah dua Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Mohammad Sabu selain Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Baca juga, bagaimana Ulamak mula berkempen dalam PAS, baca di sini.

Setengahnya berpendapat mereka tidak lagi merujuk kepada Perlembagaan, tetapi berhujah secara puak atau digelar setengah pihak sebagai ‘Ulamak Asobiyyah’ bukan berdasarkan prestasi ‘Ulamak Memimpin’.

Dan baca lagi
PAS tetap diterajui Ulamak

Sikap Pemimpin PAS dikesal

Mat Sabu tetap bertanding

Advertisements

Satu Respons

  1. TGNA Kena Kepong!

    Turun kapalterbang, terus TG Nik Aziz kena kepong. Depan pintu kapal terbang doh dok tunggu. Sapa lagi, geng lapar balak lah campur geng Kerajaan Perpaduan la.

    TGNA dikawal rapi. Dak bagi ruang seorang diri. Takut Set Husam masuk dekat. Set Husam tak leh sambut TGNA lasung.

    Itulah kisah benar TGNA bila balik umrah.

    Kawal rapi TGNA sampailah dia naik kapalterbang kelik Kelantan. Kat Kota Bharu, Ketua Lapar Balak, Razak Abas dok tunggu dengan gangsternya. Reporter kena tohok ke tepi habis. Kena marah sampai mureh.
    (Cerita benar di http://kisahbenar.wordpress.com)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: