Mahfuz nasihat pemimpin rujuk Perlembagaan parti

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar, menasihat pemimpin Pas yang ingin mengeluarkan sebarang kenyataan perlu merujuk kepada perlembagaan parti terlebih dulu, supaya kenyataan mereka tidak bercanggah dan diperlekehkan pihak tertentu.

“Saya menasihatkan pemimpin Pas supaya merujuk perlembagaan parti terlebih dulu sebelum mengeluarkan kenyataan. Sekiranya kenyataan itu tidak berasas dan bercanggah dengan perlembagaan parti maka kita akan diketawakan.

“Semua orang boleh mengeluarkan kenyataan, namun perlu merujuk perlembagaan parti. Perkara ini perlu diikuti semua pemimpin Pas,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, memutuskan sesuatu perkara dengan merujuk perlembagaan parti penting bagi memelihara keharmonian parti, apatah lagi menjelang pemilihan tidak lama lagi.

Kenyataan pemimpin PAS mengenai Kepimpinan Ulamak dilihat bertentangan kerana banyak pihak tidak merujuk kepada Perlembagaan Parti.

Baca:
Syarat mesti Ulamak tidak terkandung dalam Perlembagaan PAS
‘Telah lama dipersetujui, ia tidak perlu diubah’
Biar muktamar tentukan siapa layak
Perlis mahu ulama isi jawatan tertinggi
Tidak ada dalam perlembagaan – Pas Melaka
Ulama, kerajaan perpaduan dan SPR

Sementara itu, Mahfuz mengingatkan pemimpin Pas tidak menimbulkan lagi pertikaian mengenai calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti dan perlu akur keputusan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Mengenai calon bagi kawasan Penanti, kita sudah menentukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertanding. Malah, keputusan ini sudah diumumkan Presiden dan saya berharap ahli Pas menghormatinya,” katanya.

Semalam, Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusuf Rawa, mahu Pas Pusat mengambil kira suara akar umbi yang tidak berpuas hati dengan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin baru-baru ini.

Malah, pucuk pimpinan parti diminta mengkaji semula perjanjian dalam pakatan pembangkang berhubung keputusan memperuntukkan kerusi DUN Penanti hanya ditandingi calon PKR.

Bagaimanapun, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian parti itu dan menyokong calon PKR, Mansor Othman bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: