PRK Penanti: PAS larang anggotanya jadi calon Bebas


Pas kekal dengan pendiriannya tidak membenarkan anggotanya bertanding menentang rakan komponen pakatan pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kawasan Penanti demi menjaga semangat setiakawan.

“Kita tidak akan izinkan orang kita bertanding atas tiket bebas melawan parti komponen,” kata Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali, kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan kepimpinan PAS Pulau Pinang di Markas Pas Padang Menora, dekat sini malam tadi.

Sebelum ini, Pemuda Pas Pulau Pinang menerusi bekas ketuanya Mohd Hafiz Mohd Nordin mendesak pucuk pimpinan meletakkan calon parti itu bertanding di Penanti dengan alasan bahawa anggota akar umbi tidak berpuas hati dengan tindakan penyandang kerusi itu sebelum ini, Mohammad Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat mengosongkannya.

Dua hari lepas Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Mujahid Yusof Rawa, meminta pucuk pimpinan parti supaya mengkaji semula keputusan tidak meletakkan calon parti itu serta menilai semula perjanjian pembahagian kerusi dalam pakatan pembangkang.

Mustafa meminta anggota parti itu tidak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan imej parti kerana keputusan telah dibuat sebelum ini iaitu mana-mana parti dalam gabungan pembangkang yang telah bertanding di sesebuah kawasan pada pilihanraya umum lalu berhak meletakkan calon mereka sekiranya berlaku kekosongan kerusi itu atas sebarang sebab.

Sementara itu, Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan memutuskan sama ada perlu bertanding atau sebaliknya dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kawasan Penanti pada 31 Mei ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya tak fikir ini (Penanti) isu Umno sahaja sebab bila kita bertanding… kita bertanding atas tiket Barisan Nasional.

“Kita tidak tergesagesa membuat keputusan. Kita ini parti begitu kuat pada kerja untuk kebajikan rakyat,” katanya pada persidangan berita di sini hari ini.

Najib, yang juga pengerusi BN berkata keputusan mengenai kedudukan Penanti akan dibuat dalam tempoh terdekat.

Kerusi (DUN) Penanti kosong setelah bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin, 33, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengosongkannya dengan alasan untuk melanjutkan pelajaran.

Di Kota Bharu, Mursyidul am PAS berkata beliau tidak mahu anggota parti itu membuat kacau dan membelakangi perjanjian dengan sekutunya dalam Pakatan Rakyat dengan menuntut PAS meletakkan calon pada pilihanraya kecil DUN Penanti.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga menteri besar Kelantan, berkata PAS perlu berpegang pada janji yang dibuat dengan PKR berhubung pengagihan kerusi pilihanraya yang dibuat sebelum ini, lapor Bernama.

“Kalau itu kawasan PKR, hak dialah. Kita kena balik kepada perjanjian. Kita orang Islam pentingkan janji, jangan buat kacau, janji mesti sempurna.

“Macam di Kelantan, kita ikut perjanjian. Kita beri (kerusi) kepada PKR, dia nak menang ke, kalah ke, itu dia punya pasallah,” beliau dipetik berkata di kediaman beliau di Pulau Melaka hari ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: