Ulamak dan Profesional terajui Gerakan Islam – Tok Guru

TERKINI: Wawancara khas wartawan Harakah bersama Tok Guru Nik Aziz. Teks penuh akan disiarkan dalam Harakah Cetak akan datang.

Tidak sepatutnya berlaku pengasingan di antara ulama dan profesional memandangkan dua kelompok tersebut menerajui gerakan Islam di mana sahaja sekarang.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hanya penjajah barat sahaja yang sengaja mengasingkan kelompok-kelompok tertentu seperti memisahkan antara agama dan politik.

“Sampai kita terbawa-bawa dengan isu tersebut. Bukan sekadar berlaku di Malaysia tetapi di negara Arab juga. Negara Arab dijajah Perancis. Penjajah mengasingkan agama dan politik.

“Mereka sebarkan kefahaman itu di sekolah sehingga ke universiti. Sedangkan agama dan politik adalah perkara yang satu tidak boleh diasing-asingkan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Oleh itu beliau berkata, golongan ulama dan profesional merupakan orang yang sama dalam menerajui gerakan Islam dewasa ini.

“Sepatutnya tidak berlaku kekecohan seperti sekarang kerana kita sudah lama wujud gabungan antara ulama dan profesional yang mempunyai asas agama.

“Kita sudah lama gabungkan di antara ulama dan profesional. Saya tidak faham kerana apa pula timbul cerita ini,” ujarnya.

Ditanya takrifan ulama hanya mereka yang mendapat pendidikan formal dalam bidang agama katanya, itu merupakan fahaman lama ketika agama Islam baru masuk ke Tanah Melayu. – harakahdaily

Kemaskini 6.50 pagi:
Utusan berkempen untuk pemimpin PAS sempena Muktamar Jun nanti
Jati Diri PAS terhakis – Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Mohamad Mustapha Ishak
Husam lebih sesuai tanding Presiden, perli Bakal Ketua Pemuda PAS Pusat (Belum tentu dapat).
Khalid yang tidak faham – Takiyuddin
Pas tidak tentang rakan dalam pakatan – Mustafa
Ada ahli Pas mungkin tanding tiket bebas

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: