Mat Sabu ditahan depan Restoran Haslam

KEMASKINI: Mahfuz kutuk tindakan Polis
Ketua Penerangan PAS, Dato’ Mahfuz Omar mengutuk keras tindakan pihak polis yang menahan Naib Presiden PAS, Mohamad sabu tanpa sebarang waran dikemukakan sebentar tadi sekitar pejabat Harakah.

Sambil menganggap ianya suatu kesalahan, Ahli Parlimen Pokok sena itu tidak menafikan bahawa ianya mempunyai kaitan dengan persidangan Dun Perak yang akan diadakan esok.

“Jika ianya disebabkan oleh kebimbangan terhadap perhimpunan yang dijangka diadakan pada esok hari sempena persidangan Dewan undangan Negeri, ianya sememangnya suatu kesalahan,” ujarnya ketika dihubungi

Pada jam 3.10 petang tadi, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu ditahan Polis tanpa waran tangkap di Depan Restoran Haslam, Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur.

Penahanan beliau difaham dikaitkan dengan Program untuk berkabung pada 7 Mei esok (Khamis) dengan berpakaian hitam di Ipoh dan seluruh negara. Berita ini tulis setelah menerima panggilan seorang wartawan yang berada di tempat kejadian. Motif sebenar penahanan belum diketahui.

Turut berada di tempat kejadian adalah Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang tercampak ketika bergelut dengan Polis. turut juga berada Ali Maidin.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub yang berada di tempat kejadian, menyelar tindakan polis yang dianggap beliau tidak bertamadun itu.

“Tangkapan dibuat secara kasar dan tidak bertamadun, mereka (polis) menyerbu dengan menangkap beliau tanpa mengemukakan waran.

“Saya dan beberapa rakan lain cuba membantu abang Mat (Mohamad Sabu) tetapi dihalang anggota yang ramai,” ujarnya kesal.

Dipercayai penangkapan terhadap Naib Presiden PAS ini dibuat ada kaitan dengan perhimpunan munajat yang akan dianjurkan subuh esok (7 Mei), bersempena persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.

Ianya berkemungkinan susulan daripada penahanan aktivis Bersih, Wong Chin Huat dirumahnya semalam.

“Ke mana Mohamad Sabu dibawa, apa tujuan mereka tidak diberitahu,” kata Salahuddin.


Sebelum ini Jurucakap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat ditahan sepasukan polis pukul 8 malam tadi.

Menurut peguam beliau, Edmund Bon, Wong ditahan di rumah beliau di Taman Sri Sentosa di Kuala Lumpur dibawah Akta Hasutan selepas satu laporan polis dibuat terhadap aktivis tersebut.

“Wong kini berada di Ibu Pejabat Jabatan Jenayah Perdagangan Bukit Perdana dan komputer ribanya dirampas,” tegas Edmund kepada Harakah sebentar tadi. Beliau bagaimanapun, tidak dapat mengesahkan sama ada penahanan Wong ada kaitan dengan sidang media yang diadakan pagi tadi.

Dalam sidang media Bersih pagi tadi, Wong menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk berkabung pada 7 Mei nanti (Khamis) dengan berpakaian hitam ke pejabat, ke sekolah, ketika beriadah mahupun di rumah bagi menunjukkan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak tanda “1Malaysia GELITA, Demokrasi Diutamakan, Adakan Pilihan Raya Sekarang”.

Kempen tersebut dan pemilihan warna hitam dibuat sebagai protes terhadap rampasan kuasa yang dirancangkan oleh Barisan Nasional (BN) di Perak.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: