Nasruddin (Tantawi) dah pandai perli Husam

Utusan hari ini melaporkan kenyataan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan supaya Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa bertanding jawatan Presiden bagi ‘membetulkan’ arah tuju parti itu yang dikatakan kabur dan pudar sehingga menimbulkan keraguan di kalangan ahli-ahlinya.

Nasrudin Hassan (Tantawi) yang bakal jadi Ketua Pemuda PAS Pusat menggantikan Salahuddin Ayub berkata, jawatan timbalan presiden yang ingin ditandingi Husam dilihat tidak akan banyak membantu pemimpin itu membetulkan kemelut arah tuju parti.

Kenyataan Nasruddin ini hanya perli sahaja, kerana kawasannya (Rompin) tidak mencadangkan demikian. Memang pandai Nasruddin ni main politik. Politik nak naik cantas kawan-kawan. Main ‘politik bongkak sombong’, Main ‘Politik sokong bawa rebah’. Orang PAS dah kenal Siapa Nasruddin Tantawi, Tak percaya tanya Pemuda PAS Pahang, apa kerjanya sebagai Ketua Pemuda dulu, khabarnya dah letak jawatan sebelum mesyuarat agung lagi.

Perli Orang baru nak jadi Ketua, ada maknanya Sheikh. Ikhlaskan diri Sheikh!

Sehubungan itu Nasrudin menyeru Pas kawasan yang belum selesai bermesyuarat agung atau belum menyerahkan kertas pencalonan kepimpinan parti supaya mencalonkan Husam sebagai presiden.

Beliau berharap, Husam tidak menarik diri selepas dicalonkan kerana ia juga sebahagian dari harapan akar umbi.

“Harapan saya selepas ini, Pas kembali mempunyai arah tuju yang terang lagi nyata dan tidak meragukan ahli parti setelah presiden sekarang banyak menimbulkannya (keraguan).

“Justeru, Pas kawasan mestilah mencalonkan Husam dan saya merayu sungguh-sungguh agar beliau benar-benar diberi peluang demi masa depan parti,” tegasnya.

Sekarang dah pandai guna media musuh hentam dan perli kawan-kawan dalam PAS. Harap Husam berhati-hati dan faham dengan kenyataan Bakal Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ini.

Husam dilaporkan ‘berpuasa’ dari bercakap soal dalaman parti. Bersabar jer lah Dato’ Husam. Kata mengata kepada kawan-kawan bukan dapat apa-apapun, dosa mungkin dapat.

Nasruddin ni penyokong kuat ‘Kerajaan Perpaduan’. Kerta kerja Kerajaan Perpaduan tak bincang lagi dia dah sokong. Aiik tunggulah dulu, tengok kertas kerja dulu, baru buleh sokong. Tiba-tiba Presiden tarik balik cadangan tersebut, terkial-kial beliau, mati akal.

4 Respons

  1. Betul ke ni! nasruddin (Tantawi)nak buang Tok Guru Hj Hadi sebagai Presiden.

    Mungkin juga sebab Presiden yang ada ni kluk klek juga sekali cadang kerajaan perpaduan dalam Harakah kata tarik balik lepas kata ditangguh pula.

    Atau Nasruddin nak angkat Tok Guru Haji Hadi jadi Mursyidul Am PAS pula ganti Tok Guru Nik Aziz.

    Dan Tok Guru Nik dilantik pula jadi Penasihat Khas kepada Presiden (Husam).

    Mungkin itulah yang saya baca apa yang ada dalam kepala Tantawi, bakal Ketua Pemuda PAS Pusat.

    Harap-harap tidak ada ahli Pemuda PAS lawan Tantawi ni.

  2. isk…buruknya peragai penulis nie…….nak pecah belahkan pemimpin pas….insaflah wei…..kita pejuang islam jgn la…..nak tuduh antara satu sama..lain meyerlahkan keburukan anda………adakah anda diupah untuk smua ini..?nmpak sngat nak backup husam………ko nie anti ulamak ker…..

    Editor:
    Tuan Husam tidak payah dibackup. Dia tu dah jadi pemimpinpun. Si Ustaz Tantawi tu kena backup sebab belum tentu lagi dia akan jadi Ketua Pemuda PAS Pusat. Masalah Pahang (kawasan) tak mampu, huh nak jadi pemimpin Pusat, tak payah la. Issh kalau sayalah jadi perwakilan pemuda, saya tak undi dia.

    Harap maaf la. kami tulong ulas yang Kenyataan Nasruddin Tantawi dalam Utusan Malaysia. Apasal tantawi guna Utusan malaysia dan blognya untuk hentam kawan-kawan pimpinannya.

    Harap kawan (bahasa Pahang) jangan makan daging kawan, buruk rupanya.

    Bacalah sama artikel ni Ulama dan Profesional saling melengkapi dan baca lagi kenyataan Tok Guru dalam Harakah Gandingan ulama, profesional terajui gerakan Islam – Nik Aziz

  3. Malaysiakini
    Timbalan ketua Pemuda PAS menyahut seruan Datuk Husam Musa untuk berbincang dengannya susulan penerbitan artikel menggesa naib presiden PAS itu mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

    Nasrudin Hasan berkata beliau bagaimanapun juga bersedia memohon maaf kepada Husam jika artikelnya “Datuk Husam Wajar Tanding Presiden” mengguris hati exco kerajaan Kelantan itu.

    “Jika sekiranya tulisan saya itu mengguris hati dan menimbulkan perasaan tidak gembira kepada beliau, saya secara peribadi memohon maaf.

    “Saya masih lagi menghormati beliau sebagai naib presiden,” katanya kepada Malaysiakini.

    Nasrudin juga menuntut Husam, yang disebut-sebut ingin bertanding jawatan timbalan presiden PAS, menjelaskan maksud “hala tuju PAS yang tidak jelas” di blog pemimpin Kelantan itu.

    “Saya bersedia berjumpa dengan beliau bila-bila masa untuk menarik balik kenyataan itu, tetapi beliau harus memberi penjelasan kenapa beliau menyatakan hala tuju PAS tidak jelas dan tidak nyata,” katanya.

    “Ini kerana, (kenyataan Husam) itu juga menimbulkan rasa tidak jelas kepada parti.

    “Kalau tulisan saya menimbulkan perasaan tidak gembira, di sana ada ahli tidak gembira dengan kenyataan beliau, di kalangan mereka yang ikhlas dengan perjuangan parti.”

    Nasrudin berkata, sewaktu beliau membaca kenyataan Husam itu, beliau sendiri turut berasa “terpukul dan tersinggung” dengan kenyataan pemimpin itu.

    Timbalan ketua Pemuda PAS diminta mengulas kenyataan Husam hari ini yang dilaporkan “jelas tidak senang hati” dengannya dan menggesa pemimpin Pemuda itu bersemuka, bukannya membuat kenyataan sinis.

    Menurut Bernama, Husam berkata Nasrudin tidak sepatutnya menggunakan blog untuk membuat kenyataan sehingga dipetik oleh media yang menggambarkan suasana tidak harmoni dalam PAS.

    Dalam blognya Episode Sebuah Perjuangan, Nasrudin hujung minggu lalu berpendapat Husam tidak wajar bertanding mencabar Nasharuddin Mat Isa, timbalan presiden PAS, di muktamar Jun ini.

    Menurutnya, jika Husam yakin hala tuju parti itu tidak jelas – khususnya ada usaha berunding dengan Umno – maka jawatan presidenlah yang harus direbutnya.

    “Tetapi saya tidak bersetuju beliau bertanding ke jawatan timbalan presiden. Kerana jawatan timbalan presiden tidak akan banyak membantu beliau untuk membetulkan kembali arah tuju parti yang kini telah kabur dan pudar malah meragukan ahli parti (seperti didakwa Husam).

    “Jawatan yang sepatutnya ditandingi oleh seorang yang hebat dan berwibawa seperti Datuk Husam ialah jawatan presiden PAS itu sendiri,” coret Nasrudin di blognya 3 Mei lalu.

    Artikel itu sebagai reaksi tulisan blog Husam penghujung bulan lepas.

    Naib presiden PAS itu menjelaskan sebab-sebab beliau berminat mencabar Nasharuddin bagi jawatan nombor dua parti.

    “Saya harus mempertimbangkan faktor arah tuju parti, iaitu arah tuju PAS sendiri. Adakah PAS memerlukan satu sumbangan saya untuk pengukuhan arah tujunya.

    “Jika arah tuju PAS sudah jelas dan nyata saya tidak fikir perlu diganggu.

    “Tetapi sekiranya ahli-ahli parti merasakan satu pengarahan masa depan parti yang lebih terang dan tidak ada satu keraguan terhadap parti, mungkin saya akan pertimbangkan penyertaan saya untuk bertanding jawatan timbalan presiden, insya Allah,” kata Husam di blognya 29 April lalu.

  4. nasruddin (Tantawi) koyal…. (perasan)

    wat sunat taubat la boh …. jgn nak pandai2

    nasruddin (Tantawi) stupid leader.. 😦

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: