Berita Pemimpin PAS di Media esok

Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa yang jelas tidak senang hati dengan kenyataan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Nasrudin Hassan mengenai dirinya berkata Nasrudin sewajarnya bersemuka dengan beliau daripada membuat kenyataan sinikal mengenai jawatan Presiden Pas.

Katanya Nasrudin tidak sepatutnya menggunakan blog untuk membuat kenyataan sehingga dipetik oleh media yang menggambarkan suasana tidak harmoni dalam Pas sudah berlaku.

Akhbar hari ini memetik saranan Nasrudin menerusi blognya http://www.episodeperjuangan.blogspot.com. supaya Husam bertanding bagi jawatan Presiden Pas pada pemilihan parti itu di Shah Alam, Selangor, bulan depan bagi ‘membetulkan’ arah tuju parti itu yang dikatakan kabur dan pudar sehingga menimbulkan keraguan dalam kalangan anggota Pas.

Husam berkata beliau sedang menyiapkan sebuah buku bagi menjawab segala pertuduhan terhadapnya berhubung kemelut dalam Pas termasuk isu jawatan dalam parti itu.

“Kalau siap buku itu sebelum muktamar baguslah tetapi jika siap selepas muktamar pun tidak mengapa,” katanya.

Lain-lain berita di akhbar esok:
Mohd Sabu ditahan Polis

Usah perlekeh Pimpinan Ulamak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: