Pemerhati Sidang DUN Perak ditahan Polis

KEMASKINI: Lihat video yang sempat dirakam di luar Sidang DUN Perak walaupun kesukaran untuk mendekati Bangunan SUK tempat berlangsung Sidang DUN Perak.

Polis menahan kira-kira 23 orang termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen Pakatan yang dikatakan melanggar perintah mahkamah daripada berkumpul di kawasan 500 meter dari bangunan SUK di sini.

Kami sempat bertemu dengan Dato’ A Kadir Jasin. Jenguk blognya dan juga Pak bakaq, Penarikbeca.

Mereka ditahan antara pukul 8 dan 10 pagi tadi.

Antara yang ditahan adalah ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dan ADUN Teratai, Jenice Lee. Turut ditahan ialah pembantu khas Ahli Parlimen Ipoh Barat, P Sugumara.

Semalam polis memperoleh perintah mahkamah bagi melarang orang awam dan ahli parti politik daripada berhimpun di kawasan lingkungan 500 meter dari bangunan SUK yang menempatkan DUN.

Berita lanjut anda boleh mengikuti perkembangan yang dibawa oleh Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak. Sila ‘refresh’ untuk laporan terkini.

Lain-lain berita:
Perlantikan Speaker DUN Perak baru tidak sah – Dato’ Kamarudin Jaffar

Krisis Perak, apa kata Presiden PAS

Bisikan Diraja untuk ADUN Pakatan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: