Salahuddin antara yang hadir Munajat dan ditahan

KEMASKINI:

Salahuddin Ayub dan Ustaz Idris Ahmad antara yang hadir Majlis Munajat dan Solat Hajat anjuran Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi PAS Pusat.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub antara yang ditahan polis apabila beliau mengingkari amaran dengan berada dalam lingkungan 500 meter dari Bangunan SUK Perak di Ipoh, semalam.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub antara yang ditahan polis apabila beliau mengingkari amaran dengan berada dalam lingkungan 500 meter dari Bangunan SUK Perak di Ipoh, semalam.

Sebelum itu, Pengerusinya, Mohamad Sabu memberitahu dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, dekat sini Selasa lalu.

Bagaimana Mohd Sabu tidak hadir kerana ditangkap Polis (di depan Salahuddin Ayub) dekat Restoran Haslam sehari selepas membuat kenytataan tersebut dan semalam beliau telah dibebaskan selepas Polis gagal mendapat permohonan reman di Mahkamah.

Difahamkan Polis ingin mereman Mohd Sabu selama empat hari tetapi tidak diterima Majistret.


Sebanyak 69 orang awam termasuk pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang ditahan polis kerana melanggar perintah mahkamah dan berkumpul di kawasan larangan berdekatan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak di sini hari ini.

Antara pemimpin pakatan pembangkang yang ditahan ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin; Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusuf Rawa; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. S. Jeyakumar dan Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub.

Turut ditahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Janice Lee; ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong; ADUN Bahau, Tey Kok Seong; ADUN Temiang, Ng Chin Tsai; ADUN Sungai Pinang, Koid Teng Guan dan Pengerusi Veteran DAP, Lau Dak Lee pada pukul 8.30 pagi hingga 10 pagi.

Dua pemimpin pembangkang yang terawal ditahan ialah Janice dan Zuraida di hadapan bangunan SUK kerana berkumpul bersama-sama para penyokong mereka yang memakai baju hitam dan memegang poster Yang di-Pertuan Agong.

Selepas tangkapan itu, polis yang telah mendapat perintah mahkamah mula menjalankan operasi menahan seorang demi seorang ke atas mereka yang ingkar arahan supaya bersurai.

Keadaan di sekitar bangunan SUK hanya menjadi tenang kira-kira pukul 11 pagi iaitu selepas Salahuddin yang turut berkumpul dan enggan bersurai ditahan.

Pemimpin terakhir yang ditahan ialah Tian Chua iaitu pada pukul 3.15 petang di luar Bangunan SUK.

Operasi tangkapan itu dibuat dalam kawasan radius 500 meter dari Bangunan SUK termasuk di dalam beberapa buah restoran berhampiran.

Apa yang melucukan, mereka berebut-rebut untuk duduk dan dengan serta-merta memesan minuman bagi mengelak daripada ditangkap.

Bagaimanapun, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, mereka yang kebanyakannya berbaju hitam dan ‘lantang memaki-hamun pihak keselamatan’ tidak terlepas daripada ditahan pasukan keselamatan yang berpakaian preman.

Semua mereka yang ditahan dibawa ke pejabat Unit Simpanan Persekutuan (FRU) Sungai Senam untuk siasatan dan diambil kenyataan ekoran tindakan mereka berhimpun secara haram.

Keadaan itu menyebabkan penyokong pakatan pembangkang kemudian menuju ke bangunan FRU itu untuk membuat protes.

Apabila tidak dibenarkan masuk, mereka bertekak dengan anggota FRU malah bersikap biadab dengan enggan mengalihkan kenderaan dari pintu masuk sehingga menyusahkan kenderaan polis untuk keluar masuk.

Sebahagian penyokong juga dilihat memegang poster meminta orang ramai membunyikan hon kenderaan sebagai tanda sokongan kepada perjuangan mereka.

Keadaan kembali tenang selepas polis bertindak lebih tegas dan akhirnya mereka bersurai kira-kira pukul 3 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah pada sidang akhbar malam ini berkata, 54 yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Menurut beliau, seramai 15 lagi masih ditahan untuk proses rakaman percakapan.

Katanya, semua wakil rakyat sudah dibebaskan kecuali Tian Chua.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: