Tok Guru Nik Aziz nafi ‘tuduhan Nik Abduh’

Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan anggapan anaknya, Nik Abduh yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan bahawa beliau telah dipengaruhi oleh pembantu-pembantunya dalam membuat keputusan politik.

Tok Guru Nik Aziz berkata, sebelum membuat sebarang keputusan, beliau akan mendengar pandangan daripada semua pihak dan dianalisis berdasarkan pengalaman dan pengamatannya terhadap sesuatu persoalan.

Bagaimanapun beliau tidak akan menegah anaknya itu daripada terus menulis persoalan politik dalam parti kerana menyifatkan Nik Abduh sudah cukup matang serta berpendidikan tinggi.

“Saya cuma tegur dia satu perkara sahaja tetapi saya tidak boleh nyatakan di sini, tanyalah dia sendiri. Dia ada ilmu, belajar di luar negeri dan terlibat dengan politik jadi Timbalan Ketua Pemuda Pas Negeri.

“Terpulang pada dialah hendak menulis atau tidak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tulisan Nik Abduh dalam blognya Kerja-Kerja Bodoh Dalam Pas I dan II ketika Nik Abdul Aziz mengerjakan umrah.

Dalam tulisan tersebut Nik Abduh mengkritik pembantu-pembantu bapanya yang telah memberikan gambaran salah mengenai situasi semasa.

Beliau juga menyifatkan pembantu-pembantu politik bapanya telah sesat kerana menjadi pejuang nafsu.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan tuduhan tersebut tidak berasas kerana beliau telah menjalankan tugas dengan baik.

“Usahkan saya, Nabi Muhammad pun kena tuduh, pelik apanya. Tidak ada (dipengaruhi), saya tengok semua fikiran sokong dan negatif dan saya pandu dengan pengalaman sebelum membuat keputusan,” katanya. – Utusan

Berita-berita lain mengenai PAS dalam media:
Ulamak tidak diperkecilkan – Salahuddin

Jangan nak suka-suka tanding – Tok Guru

Nik Abduh sedia tanding Ketua Pemuda

Advertisements

3 Respons

  1. […] sebelum ini, Tok Guru menyifatkan Nik Abduh sudah cukup matang serta berpendidikan […]

  2. […] sebelum ini, Tok Guru menyifatkan Nik Abduh sudah cukup matang serta berpendidikan […]

  3. tok guru meme baik a

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: