Abdul Latif Ketua Pemuda PAS Kelantan

KEMASKINI: Siapa menang antara dua Anak Tok Guru bertanding sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan setelah ADUN Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim mengundur diri. Keputusannya akan diketahui petang ini.

4.30 petang: Pengumuman keputusan tersebut dibuat pengerusi urusetia pemilih, Haji Samsuddin Mat Daud mewakili PAS Kota Bharu yang dilantik sebagai pengendali pemilihan, kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Perwakilan sebulat suara bersetuju mencalonkan Timbalan Speaker Dun Kelantan itu bertanding jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Pada pemilihan tersebut Mohd Azmi Noor kekal sebagai pengerusi tetap dan timbalannya Ustaz Zamri Mat Yusof.

Anggota jawatankuasa yang dipilih iaitu Harun Ismail, Borhanuddin Ahmad, Mahussin Isa, Ahmad Fadli Saari, Hafiz Musa, Ahmad Najib Deris, Wan Azimin Wan Adnan, Azariza, Mohd Nazlan Mohd Hasbullah dan Mohd Fitri Omar.

4.09 petang: Keputusan tidak rasmi – Ustaz Latif menang dengan majoriti 26 undi, manakala bagi jawatan Timbalan ADUN Pasir Tumboh, Ustaz Baihaki menang tanpa bertanding manakala bagi jawatan Naib Ketua disandang oleh Peguam Hisyam Fauzi.

3.55 petang: Sehingga berita ini ditulis, Nik Abduh mungkin kalah kepada Abdul Latif dengan majoriti yang tipis.

Bagaimanapun, pemerhatian saya kepada media hari ini, kedapatan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Dato’ Takiyuddin Hassan dilihat berkempen supaya Nik Abduh menang.

Dalam Sinar Harian (edisi Kelantan) hari ini berita “Jangan Wujudkan Perpecahan”, Takiyuddin dilaporkan berkata Di dalam pemuda kita ada hierarki, ada ketua, ada timbalan, ada naib …..”

Katanya “Beliau berharap calon yang dipilih dapat memberikan 100 peratus kepada tugas dan tanggungjawab kepada Pemuda kerana ia satu tugas yang besar dan berat”.

Kata Taki lagi, “Pengalaman saya saya pernah memegang jawatan di peringkat kawasan dan apabila saya dipilih sebagai Setiausaha Pemuda negeri saya melepaskan jawatan di peringkat kawasan dan memberikannya kepada orang lain kerana saya tahu jawatan di peringkat negeri memerlukan saya memberikan komitmen yang padu”.

Nampak sangat Takiyuddin minta perwakilan pilih Nik Abduh kerana Abdul Latif sudahpun ada jawatan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krai.

Saya rasa Takiyuddin tak usah campurlah hal ehwal pemuda, nak nasihat, nasihat jangan berbalah sudah la. Pilih siapa jadi Ketua, serah kepada perwakilan.

Keputusannya mungkin juga Perwakilan tetap akan tolak Nik Abduh. Sebabnya, Nik Abduh sendiri akan tahu kenapa Perwakilan menolaknya.

Nasib Nik Abduh macam saya juga kalah dalam pertandingan. Cuma bezanya beliau anak Tok Guru, saya anak orang biasa. Beliau kalah rebut Ketua, saya kalah rebut AJK Kawasan.

Seperti sebelum ini, Tok Guru menyifatkan Nik Abduh sudah cukup matang serta berpendidikan tinggi.

“Saya cuma tegur dia satu perkara sahaja tetapi saya tidak boleh nyatakan di sini, tanyalah dia sendiri. Dia ada ilmu, belajar di luar negeri dan terlibat dengan politik jadi Timbalan Ketua Pemuda Pas Negeri”

Berita terdahulu
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman akan bersaing dengan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz bagi jawatan ketua pada Muktamar Dewan Pemuda Pas negeri, hari ini.

Abdul Latiff yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan ketika dihubungi hari ini mengesahkan akan bertanding bagi jawatan itu yang dikosongkan oleh Mohd. Zaki Ibrahim setelah mencapai had usia.

Walaupun dianggap melanggar tradisi, Abdul Latiff berkata, ia bukan suatu persoalan kerana mandat kukuh yang diterimanya daripada banyak kawasan yang mencalonkannya menjadi sebab utama beliau setuju bertanding.

Mesyuarat akan dirasmikan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof di Perdana Resort, Kota Bharu.

“Bagaimanapun jika ada pemilihan, pastikan kita bertanding dengan baik dan penuh ukhuwah. Kita laluinya kerana mahu mendapat peluang melakukan kebajikan demi parti dan rakyat seluruhnya,” katanya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Nik Abduh yang juga anak kepada Menteri Besar Kelantan akan bertanding bagi jawatan ketua pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Kelantan ke-50 esok.

Menurut Nik Abduh, jika mengikut amalan tradisi, jawatan yang dikosongkan diambil alih oleh timbalan namun beliau mendengar desas-desus mengenai keinginan Abdul Latiff untuk turut bertanding.

Abdul Latiff, 38, difahamkan menerima bilangan pencalonan tertinggi daripada Dewan Pemuda 14 kawasan di negeri ini.

“Saya menerima cadangan sahabat dalam Pemuda untuk bertanding setelah mendapati jumlah pencalonan yang agak banyak.

“Kemunculan pimpinan-pimpinan baru pemuda di peringkat kawasan juga menandakan mereka mahukan muka baru mendepani perjuangan kami dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: