Krisis DUN Perak: MB Perak yang sah dan haram disyorkan mengadap Tuanku Sultan Perak

KEMASKINI:
12.25 pagi 12 Mei 2009: Sebahagian ceramah haji hanipa Maidin dan Dato’ Mahfuz Omar di Taman Melewar Kuala Lumpur.

11.21 malam: Apa kata pemimpin dan peguam yang mewakili Dato’ Seri Nizar:

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Haji Mahfuz Omar mengemukakan cadangan kepada kedua-dua MB Perak samada yang sah atau yang haram mohon mengadap kepada Paduka Seri Sultan Perak bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak bagi melihat kestabilan dan keamanan negeri Perak.

Wawancara diadakan pada sebelah pagi sebelum Keputusan rasmi Mahkamah Tinggi mengenai kedudukan MB Besar Perak yang sah pada pukul 2.30 petang hari ini.

Dato’ Mahfuz berkata demikian ketika diminta mengulas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerjasama itu boleh diadakan dalam pelbagai bentuk termasuk melibatkan urusan pentadbiran kerajaan negeri Perak

”Walaupun kerjasama (diwujudkan), ia tidak bererti kita membuat kerajaan campuran. Itu tidak semestinya dalam bentuk itu, kerjasama boleh dalam pelbagai bentuk.

”Apa yang penting sekali, kita menghormati antara satu sama lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan secara berkelompok mesyuarat dan menyampaikan sumbangan kepada cawangan-cawangan UMNO Bahagian Pekan di sini hari ini.

Sebelum ini Penasihat DAP, Lim Kit Siang semalam yang sedia bekerjasama dengan beliau bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak yang bermula sejak BN mengambil alih pemerintahan negeri itu daripada pakatan rakyat, tiga bulan lalu.

Kit Siang berkata, beliau melihat isu itu sebagai perkara yang penting dan perlu diberi perhatian segera supaya kemelut terbabit tidak berpanjangan sehingga menjejaskan pentadbiran negeri yang perlu memberi tumpuan kepada rakyat.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang memutuskan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih Menteri Besar Perak yang sah.

Pada 13 Februari lalu, Nizar, 52, memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau pada sepanjang masa adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Nizar yang dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac tahun lalu apabila pakatan pembangkang memenangi 31 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-12, juga memohon pengisytiharan bahawa Zambry tidak berhak untuk memegang jawatan Menteri Besar.

Bagaimanapun pada 6 Februari lalu Zambry, 47, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-11 di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah selepas beberapa wakil rakyat pakatan pembangkang bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: