Nizar MB Perak yang sah

KEMASKINI:
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan demikian setelah mendapati jawatan Menteri Besar tidak boleh dianggap kosong dan undi tak percaya hanya boleh dibuat di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Keputusan yang dibuat Hakim tersebut disambut dengan laungan Takbir oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di Lobi Kompleks Mahkamah, Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Tahniah kepada Hakim yang berani membuat keputusan.

Apa kata Pemimpin BN:
BN akan buat rayuan

Saya terima keputusan dengan hati terbuka – Dr Zambry

Apa kata pemimpin PAS:
Menurut Ketua Penerangan PAS, Dato’ Mahfuz Omar, kemenangan ini memberi gambaran bahawa apa sahaja yang dilakukan Najib dan Menteri Besar BN yang haram, Zambru Abdul Kadir ialah bertentangan kepada perlembagaan dan Undang Tubuh kerajaan Perak.

“Keputusan Mahkamah Tinggi hari ini boleh menampung kecacatan yang berlaku dalam institusi kehakiman di negara ini,” kata Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berharap kewibawaan institusi kehakiman yang dipertikaikan banyak pihak sebelum ini kembali pulih semula.

“Saya sangat bersyukur dengan perkembangan yang berlaku hari ini. Sebaik sahaja mendengar berita itu saya telah menunaikan sujud syukur,” katanya dihubungi di sini, petang ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: