PAS adalah sebuah parti milik semua pihak – Mahfuz

KEMASKINI:
9.40 pagi: “Konsep kepimpinan ulama bermakna Presiden, Timbalan Presiden dan ahli jawatankuasa pusat parti akan dipandu oleh Majlis Syura Ulama,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas di pejabat parti itu di sini malam tadi,” lapor Utusan hari ini.

Bermakna Majlis Syura kekal mengawal aktiviti Presiden, Timbalan Presiden dan Ahli Jawatankuasanya seperti yang termaktub dalam Fasal 7 (3) (a) (b) (c) Perlembagaan PAS (Pindaan 2001)

Jawatan dalam Pas bukannya hak eksklusif untuk mana-mana kumpulan sahaja tetapi terbuka kepada setiap ahli parti yang layak berdasarkan kepada meritokrasi.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, perbincangan terbuka bahawa hak beberapa jawatan dalam Pas hanya perlu diisi oleh kumpulan ulama dan profesional perlu dihentikan kerana memberikan imej buruk wujudnya konsep kasta dalam parti.

Tegas beliau, Pas adalah sebuah parti milik semua pihak yang semua golongan seperti petani, pekebun, guru, kakitangan awam dan kerajaan, profesional dan ulama.

“Perbincangan ini bukannya memperkasakan parti tetapi akan merosakkan lagi parti apabila ia akan menyebabkan ahli parti lain (kumpulan selain ulama dan profesional) berkecil hati dan akhirnya akan menjauhkan diri daripada parti.

“Saya minta hentikan kerana ia memberi mesej dan imej salah mengenai parti kepada akar umbi, seolah-olah Pas hanya dianggotai oleh dua kumpulan ini sahaja,” katanya.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pas Pusat di Pejabat Pas di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi yang tetap bertegas mahukan ulama memegang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti serta salah satu jawatan Naib Presiden.

Mahfuz berkata, kenyataan itu merupakan pandangan peribadi Mohamed kerana Pas sebenarnya tidak pernah mengamalkan sebarang dasar ‘berpilih-pilih.’

Beliau berkata, apabila seseorang pemimpin itu dipilih berdasarkan kepada meritokrasi yang mendapat sokongan padu daripada seluruh ahli, maka ia akan memperkukuhkan lagi kekuatan dan kesinambungan Pas.

Baca lagi PAS dalam Utusan hari ini:
Dewan Muslimat mahu gandingan Ulamak dan Prefesional

Mat Sabu pertahan pendidian

Bertandinglah: Nik Aziz Tok Guru juga – Azizan

Nik Abduh ditolak – Ketua Pemuda Umno

Mahfuz ingin tanding Naib Presiden

dan baca lagi:
Pemuda PAS Kelantan tidak anti Ulamak menafikan berita dalam Berita Harian 11 Mei 2009 bertajuk ‘Pemuda Kelantan tolak Ulamak’


Sementara itu, mengulas antara usul yang akan diberikan penekanan pada Muktamar Agung Pas pada bulan hadapan, Mahfuz berkata, para perwakilan dijangka membincangkan mengenai strategi dan persediaan Pas untuk mentadbir kerajaan Pusat.

“Kita banyak pengalaman sebelum ini menerajui kerajaan negeri, jadi strategi kita nanti ialah untuk mentadbir sebuah kerajaan yang lebih besar, Pas tidak boleh sampai bila-bila hanya sekadar menjadi penunggu sahaja, kita mesti membuat persediaan rapi.

“Kita juga akan membuka paradigma atau medan baru untuk menarik lebih ramai ahli baru menyertai Pas, tidak boleh hanya mengkhususkan kepada ahli tradisional sahaja,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: