Demokrasi di Perak kembali hidup – Tok Guru Nik Aziz

KEMASKINI: Nizar masuk pejabat

nizargate

nizarmasuk120509

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.bersama lapan Exconya memasuki bangunan SUK pagi tadi – kira-kira 16 jam selepas mahkamah mengisytiharkan beliau Menteri Besar yang sah, lapor mstar.

Mursyidul Am Pas, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah berjaya menghidupkan kembali demokrasi di Perak.

Dato' Seri NIzar, MB Perak

Dato' Seri NIzar, MB Perak

Tok Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, keputusan itu membuktikan kebenaran berjaya ditegakkan selepas ditekan dan dianiaya oleh Barisan Nasional (BN).

“Demokrasi yang koma selama tiga bulan hidup balik dan saya berharap pihak yang bertanggungjawab mengotorkan demokrasi di Perak itu insaf, bertaubat dan meminta maaf kepada rakyat Perak kerana telah menyalahgunakan kuasa,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini hari ini.

Mengenai cadangan awal Mohammad Nizar yang mahu Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan untuk mengadakan pilihan raya semula katanya, ia bergantung kepada penduduk negeri itu untuk menentukannya.

“Dulu kami nak pilihan raya dibuat balik. Bila diberi balik jawatan kepada Nizar yang dipilih secara sah oleh rakyat, terserah kepada orang Perak,” ujarnya.

Berita berkaitan:
Nizar pengeri mesyuarat Exco 12.00 malam tadi

Nizar gantung tugas tiga pegawai kanan termasuk SUK

Pejabat MB, Exco akan dikosongkan

BN kemuka rayuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: