Ku Li setuju DUN Perak dibubar

KEMASKINI: SERAH KEPADA RAKYAT – SUHAKAM
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berpendapat bahawa krisis politik di Perak mungkin tidak dapat diselesaikan melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat.

“Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya, iaitu hak asasi manusia,” kata Pengerusi Suhakam Tan Sri Abu Talib Osman.

Hanya sebuah kerajaan yang stabil akan mampu memastikan hak untuk keamanan dan pembangunan, kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyokong tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin agar Sultan Perak, Sultan Azlan Shah memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kita berharap Sultan memperkenan untuk membubarkan DUN. Ia bukan sahaja tindakan sewajarnya, tetapi satu-satunya cara keluar daripada krisis yang membelenggu Perak,”kata tulisan terbaru dalam blognya semalam.

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut Ku Li berakta, krisis yang terjadi di Perak telah merosakkan keluhuran undang-undang, mencalarkan badan kehakiman, polis dan perkhidmatan awam negeri, dan mencemarkan sistem beraja di mata rakyat.

Februari lalu, ketika berlakunya krisis politik sehingga jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu Ku Li turut mengkritik proses pegambilalihan kerajaan Barisan Nasional daripada PR yang disifatkan sebagai tidak mengikut Perlembagaan.

Beliau juga bekas Naib Presiden Umno mencadangkan pilihan raya negeri diadakan bagi mengelakkan rakyat terus menjauhi Umno.

Tambahnya, segala keputusan yang diambil kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan barisan Exco selama kira-kira tiga bulan disifatkan sebagai ‘haram dan semua keputusan dibuat tidak mengikut asas perundangan’.

Jelasnya, persidangan DUN Perak minggu lepas yang membawa usul Zambry menggantikan Speaker, V Sivakumar dengan R Ganesan, pemimpin kanan MIC negeri dan bekas ADUN Sungai, juga tidak sah.

“Sultan, dan sistem beraja itu sendiri, menanggung malu dengan babak (politik) ini, termasuk usaha terancang oleh sesetengah pihak untuk menyemarakkan lagi isu menjadi perkauman dan penderhakaan.

Berita berkaitan:
Mahkamah Rayuan benarkan penangguhan keputusan

Pegawai Kewangan jalankan tugas SUK Perak

Penggantungan SUK dan Penasihat Undang-Undang Perak tidak sah

“Tindakan seumpama ini hanya merosakkan lagi institusi yang mereka dakwa cuba mempertahankannya, dan (susulan itu) ia mencemarkan Umno dan BN.

“Isu sebenarnya adalah perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, dan sistem beraja dilindungi selagi mendukung keunggulan perlembagaan dan hasrat rakyat,”katanya

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: