Zaki akan guna pengalaman PAS Kelantan terajui Kerajaan Negeri pimpin Pemuda

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi bakal menghadapi laluan sukar bagi menduduki jawatan tersebut meskipun secara tradisi beliau sepatutnya diberikan laluan untuk mengetuai sayap parti itu.

Pemimpin muda kelahiran Pahang itu bakal berhadapan dengan bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Mohamad Zaki Ibrahim yang mengesahkan kesediaannya merebut jawatan tersebut, menggantikan Salahuddin Ayub yang dijangka bertanding jawatan Naib Presiden parti.

Mohamad Zaki yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berkata, pihaknya berhasrat meneruskan fokus memperkasakan kepimpinan pemuda sebagaimana yang diusahakan oleh Salahuddin sebelum ini.

”Setakat ini, saya menerima pencalonan daripada Dewan Pemuda Pas Kelantan dan difahamkan saya juga mendapat pencalonan daripada Pemuda Pas Melaka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Kelaboran itu, jika terpilih, beliau akan menggunakan pengalaman Pas Kelantan menerajui kerajaan negeri selama 19 tahun bagi dijadikan panduan dalam memimpin sayap parti itu.

Lain-lain berita PAS dalam Utusan:
Status Hadi belum muktamad

Sementara itu, Nasrudin berkata, secara asasnya beliau bersedia untuk berkhidmat sekiranya diberikan kepercayaan menduduki jawatan Ketua Pemuda Pas Pusat.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini pihaknya akan meneliti dahulu pencalonan daripada negeri-negeri sebelum membuat ketetapan sama ada akan bertanding atau sebaliknya.

”Setakat ini saya serahkan kepada perwakilan, saya kena tengok pencalonan dahulu yang tarikh tutupnya pada 15 Mei ini. Setelah mendapat surat tawaran daripada jawatankuasa pemilihan, baru saya akan membuat ketetapan,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: