Bubar DUN pilihan terbaik – Husam

Pertemuan Raja Nazrin - Dato' Seri Niza, semalam - foto mstar

Pertemuan Raja Nazrin - Dato' Seri Niza, semalam - foto mstar


Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) merupakan pilihan terbaik Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi mengembalikan semula penghormatan rakyat terhadap institusi raja di negeri itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, sekarang masanya untuk baginda menunjukkan kesaksamaan sekali gus berpeluang untuk keluar daripada kemelut dengan tahap imej lebih tinggi.

Beliau berkata, institusi diraja Perak yang amat dihormati sebelum ini juga mempunyai peluang tersendiri menunjukkan kesaksamaan.

“Institusi ini tidak harus dilihat bertindak memihak kepada satu golongan tetapi bertindak berteraskan peraturan dan undang-undang. Prinsip-prinsip demokrasi harus dihormati.

“Peluang institusi diraja Perak keluar dari kemelut ini dengan tahap imej yang lebih tinggi adalah terbuka luas. Bubarkan saja DUN Perak dan biarkan rakyat memutuskan penghakiman mereka,” katanya dipetik daripada laman blognya.

TIDAK ADA KERAJAAN EFEKTIF
Tidak sampai 24 jam selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memberikan status memihak kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam, krisis politik Perak yang dilihat belum menemui jalan penyelesaian, memasuki bab baru tengah hari tadi.

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dari Barisan Nasional (BN) berjaya dalam usahanya untuk menagguhkan keputusan semalam sehingga Mahkamah Rayuan mendengar rayuannya kelak.

Zambry dilantik menerajui kerajaan negeri Perak pada 5 Februari lalu menggantikan Nizar dari Pakatan Rakyat

Ekoran keputusan semalam, Zambry berkata, beliau mengosongkan Pejabat Menteri Besar dan tidak hadir majlis kurnia pingat di Istana Iskandariah pagi tadi sebagai tanda hormat keputusan semalam.

Sambil menegaskan mahu menjalankan tugas Menteri Besar seperti biasa mulai hari ini dan memasuki pejabat pagi esok, Zambry memberitahu, “dalam kes ini bukan saya yang saman Nizar, Nizar yang mempertikaikan status saya.”

Beliau memberi gambaran statusnya masih sahih kerana dilantik Sultan.

Sejam selepas sidang media itu, Nizar dan pemimpin Pakatan Rakyat pula mengadakan sidang media di Wisma DAP yang terletak berhampiran dengan bangunan SUK.

Antara lain Nizar memberitahu, perkembangan hari ini “menimbulkan banyak persoalan daripada jawapan.”

Ringkasnya kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak ini, “mereka memanjangkan” kes ini dengan merujuk ke Mahkamah Rayuan.

Beliau juga memperkatakan ingin mencari penyelesaian muktamad di peringkat menerusi mandat rakyat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: