Ketua Dewan Ulamak tak puas hati keputusan Majlis Syura?

KEMASKINI: TOKGURU NIK AZIZ TOLAK KERAJAAN PERPADUAN BERSAMA Umno
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS sama sekali tidak bersetuju cadangan penubuhan kerajaan perpaduan bersama Umno.

Beliau berkata, PAS sudah hilang keyakinan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana penipuan yang dilakukan semasa PAS berada dalam kerajaan Perikatan pada 1974.

“Kerajaan perpaduan di antara PAS dan BN tidak mungkin berlaku walau pun ada dakwaan kononnya saya akan bersetuju sekiranya PAS ditawarkan jawatan penting termasuk Menteri Pelajaran atau Menteri Kewangan.

“Saya sudah tidak percaya kepada keikhlasan mereka yang pernah menipu PAS. Mereka pernah menendang PAS keluar daripada kerajaan Perikatan pada 1978.

“Oleh itu sekiranya berlaku lagi kerajaan perpaduan di antara PAS dan Umno, apa jaminan Umno tidak akan menendang kami keluar lagi,” katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar Deklarasi Perpaduan Nasional dan Keamanan Sejagat 13 Mei 2009 di Kota Darulnaim, hari ini.

Berita terdahulu:
Dewan Ulama PAS dijangka membawa usul bagi mempertahankan pendirian agar hanya pemimpin bertaraf ulama sahaja yang wajar memegang jawatan presiden dan timbalan presiden PAS pada muktamar tahunan parti itu bulan depan.

“Dewan Ulama tetap mempertahankan hanya pemimpin bertaraf ulama yang mesti memegang dua jawatan itu tetapi apa pun terpulanglah (kepada perwakilan),” kata ketuanya, Datuk Mohamed Daud kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS Kelantan di sini hari ini.

Mohamed berkata jika profesional yang memimpin parti itu, beliau bimbang pemimpin berkenaan hanya mahu mengejar kedudukan semata-mata tanpa mementingkan parti yang berjuang mengikut teras Islam.

Kelihatan dan terserlah, Ketua Dewan Ulamak yang juga anggota Majlis Syura semacam tidak puashati dengan keputusannya yang telah bermesyuarat pada 10 Mei lalu. Kenyataan Ketua Dewan Ulamak itu dilihat akan merugikan PAS kerana golongan bukan Ulamak (profesional?) akan tidak berminat lagi untuk menyertai PAS selepas ini.

Golongan ini merasakan mereka sebagai ahli kelas kedua, peluang mereka disekat-sekat sedangkan mereka ini antara penyumbang besar kepada perjuangan parti.

Ketua Dewan Ulamak inipun lupa dengan ucapannya pada Muktamar pada 2007 lalu semasa mula-mula ambil alih jawatan daripada Dato’ Harun Taib.

Gologan Ulamak dan Profesional terjalin erat
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Mohamed Daud menjelaskan golongan ulama dan profesional telah lama dihubung jalin dalam parti itu.

Kata beliau kedua-dua golongan itu mempunyai kepentingan masing-masing yang tidak boleh dinafikan lagi.

“Ulama memang arif dalam hal berkaitan dengan agama, tetapi tidak pula pandai untuk membuat jambatan. Tentunya golongan profesional lebih berkemampuan melaksanakan tugas tersebut.

“Ulama dan profesional mempunyai hubung jalin yang erat dan ia sudah lama wujud,” katanya ketika menggulung perbahasan bagi Dewan Ulamak pada muktamar PAS di Putik 3 Jun 2007. TERLUPA ATAU APA, INI PERSOALANNYA?

NOTA: Untuk rekod Dato’ Mohd Daud Iraq pernah berlawan merebut Yang Dipertua PAS Kawasan Kubang Kerian, malangnya beliau telah tewas kepada MOHAMAD SABU. Beliau ketika juga Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan.

Majlis Syura minggu lalu membuat ketetapan berikut:
“Konsep kepimpinan ulama bermakna Presiden, Timbalan Presiden dan ahli jawatankuasa pusat parti akan dipandu oleh Majlis Syura Ulama,” kata Dato’ Dr Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS. Lapor Utusan.

Dato’ Mohd Iraq kena baca kenyataan terbaru Mursyidul Am PAS, USAH BEZA ULAMAK DAN PROFESIONAL

Beliau melahirkan rasa kecewa terdapat unsur-unsur mengejar jawatan secara tidak sihat seperti menghadiahkan baju dan mengadakan majlis makan kepada perwakilan semata-mata mahu dipilih sebagai calon.

“Memanglah dah bagi baju, dah sudah kenyang makan, boleh menanglah calon itu tetapi budaya ini sangatlah tidak sihat dan kita mahu ia dihentikan segera,” katanya.

Bagaimanapun Mohamed berkata beliau tetap dengan keputusannya tidak mahu bertanding bagi mengekalkan jawatannya pada muktamar akan datang atas alasan beliau kini uzur dan jawatan itu perlu diberikan kepada pemimpin muda.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: