Rayuan MB Sah didengar 18 Mei, Rayuan MB Haram diputuskan, apa ni?

Rayuan Menteri Besar Haram, Dr Zambry diputuskan dalam masa tidak sampai satu jam, manakala rayuan Menteri Besar Sah diberikan masa berhari-hari.

Dr Zambry (MB Haram - Kiri), Ir Nizar (MB sah - Kanan)

Dr Zambry (MB Haram - Kiri), Ir Nizar (MB sah - Kanan)

Rayuan Menteri Besar haram didengar seorang Hakim Rayuan, manakala Rayuan Menteri Besar Sah akan didengar lebih daripada seorang Hakim. Apa SOP YAA?

Mahkamah Rayuan menetapkan 18 Mei ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.

Tarikh itu ditetapkan selepas Mohammad Nizar memfailkan notis usul itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini pada 2.20 petang melalui firma guaman Tetuan Leong & Tan.

Kelmarin Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah.

Turut disertakan bersama notis usul itu ialah sijil supaya kes itu disegerakan.

Bagaimanapun Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali hari ini membenarkan Datuk Seri Dr. Zamry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengisytiharkan Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dalam afidavit sokongannya, Mohammad Nizar berkata keputusan Mahkamah Rayuan semalam untuk memberikan perintah penggantungan itu kepada Zambry adalah salah dan beliau (Nizar) mengemukakan permohonan untuk membetulkan perkara itu.

Mohammad Nizar berkata Mahkamah Tinggi telah membuat takrif yang betul terhadap Perkara 16 (6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Beliau berkata sekiranya perintah pelaksanaan itu diberikan ia akan merampas haknya serta membuat keputusan Mahkamah Tinggi mengisytiharkannya menteri besar Perak sebagai siasia.

Menurutnya perintah yang diperoleh Zambry itu akan mengganggu pelaksanaan secara lancar dan baik pentadbiran kerajaan negeri Perak selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Mohammad Nizar juga berkata perintah berkenaan akan mengelirukan rakyat negeri itu mengenai siapakah menteri besar yang sah serta menjadikan keadaan politik lebih tegang dan krisis perlembagaan lebih mendalam. – mstar

KEMASKINI: BUBARKAN DUN Perak – Rayu Gerakan Pulau Pinang
Gerakan Pulau Pinang hari ini mendesak Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya segara memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membuka jalan mengadakan pilihan raya negeri.


Pengerusinya Datuk Dr Teng Hock Nan berkata langkah membubarkan DUN akan membolehkan rakyat Perak memutuskan parti mana yang sepatutnya memimpin urusan pentadbiran negeri itu.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semalam bahawa ia terpulang kepada Zambry untuk memutuskan tindakan susulan ekoran kemelut politik yang berlarutan di negeri itu.

Tetapi Pemuda PAS Perak pula terbalik macam “TAK NAK BUBAR” suruh bertenang pula tu, patutla masa kita ke Ipoh 7 Mei lalu tak nampak Pemuda PAS Perak. Rupa-rupanya ini dia:

Dewan Pemuda Pas Perak meminta penyokong parti itu dan rakyat di Perak bertenang dan bersabar dengan krisis yang berlaku di negeri itu serta menerima apa sahaja keputusan yang bakal dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Ketuanya Mohamad Zawawi Abu Hassan berkata beliau yakin baginda akan membuat keputusan yang berlandaskan undang-undang demi menegakkan demokrasi berperlembagaan.

Dalam satu kenyataan di sini, beliau berharap semua pihak menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi yang menjadi asas keharmonian dan kesejahteraan rakyat selama ini.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang diisytihar oleh Mahkamah Tinggi sebagai menteri besar yang sah, telah memohon untuk menghadap Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan baginda membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan untuk menyelesaikan kemelut politik di negeri itu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: