Banyak pihak cabar Ketua Dewan Ulamak buktikan tuduhan

Tuduhan kepada sesorang tanpa bukti memang parah, walaupun ianya(tuduhan) datang daripada Ketua Dewan Ulamak.

KEMASKINI:
KETUA DEWAN ULAMAK TIDAK TETAP PENDIRIAN

Kenyataan tidak konsisten Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mohamed Daud Iraqi berhubung wujudnya rasuah politik dalam parti itu menimbulkan kesangsian terhadap kesahihan dakwaannya.Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar melahirkan perasaan was-wasnya berhubung sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut dan mahukan Mohamed mengemumakan bukti-bukti kukuh yang berkaitan untuk diteliti dan disiasat.

“Sekarang kita pun susah nak cakap mengenai sejauh mana kebenaran dakwaan itu.

“Mula-mula dulu Datuk Mohamed Daud kata memang ada perbuatan rasuah dalam parti, tapi dalam akhbar hari ini beliau kata tidak menuduh mana-mana pihak dan minta jika ada (perbuatan) rasuah minta dihentikan.

“Jadi nampaknya beliau sendiri seolah-olah tidak pasti tentang rasuah politik seperti yang didakwanya itu,” katanya

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Dato’ Mustafa Ali menafikan berlakunya politik wang dalam pemilihan pimpinan PAS Jun nanti.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, adalah sesuatu yang malang sekiranya berlaku amalan rasuah di kalangan perwakilan Pas menjelang pemilihan parti itu tidak lama lagi.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah bagaimanapun yakin perkara itu tidak berlaku di dalam parti tersebut dan mahu dakwaan terbabit dibuktikan jika benar ada individu memberikan rasuah kepada perwakilan untuk mendapatkan sokongan.

“Perkara ini amat serius, kena buktikan kalau memang wujud. Jika tidak ia akan menjadi fitnah kepada parti.”

Itu reaksi Ahli Majlis Syura Pas, Ahmad Awang ketika diminta mengulas gejala politik hadiah yang dikatakan berleluasa dan semakin ketara dalam parti tersebut menjelang pemilihan Jun ini.

Tegas beliau, perkara negatif sebegitu langsung tidak berlaku dalam Pas dan ia tidak boleh disamakan dengan apa yang menyerang UMNO.

“Sepanjang menyertai Pas, saya langsung tidak pernah mengetahui atau mendengarnya dan ia memang tidak berlaku. Walau tersembunyi sekali pun setiap perkara jahat akan terdedah juga. Tetapi masalahnya saya tidak pernah dengar.

“Saya bukannya hanya duduk di atas tetapi turut bersama dengan ahli termasuk merasmikan mesyuarat-mesyuarat cawangan dan kawasan dan ia memang tidak berlaku. Apabila Datuk Mohamed Daud Iraqi (Ketua Dewan Ulama Pas) yang dedah, pergilah tanya dan minta bukti daripada beliau,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Perak diminta mengulas kenyataan Mohamed yang mendedahkan bahawa perebutan kuasa dalam Pas semakin ketara sehingga ada individu sanggup memberikan ‘hadiah’ kepada perwakilan untuk mendapatkan sokongan.

Sebelum in Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Mohamed Daud Iraqi memberitahu, terdapat sesetengah calon yang telah membuat jamuan dan memberi baju kepada perwakilan untuk melobi supaya memenangi jawatan yang bakal ditandingi.

Katanya, situasi tidak sihat itu mula menular di kalangan pemimpin Pas yang inginkan kuasa, justeru, beliau meminta para perwakilan pada Muktamar Agung Pas nanti menolak pemimpin yang mengamalkan sikap sedemikian.

Kita harap jika benar Mohd Daud ada bukti kukuh buat sahaja laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan SPRMpun sudah sanggup untuk menyiasat apa yang dikatakan rasuah berlaku dalam PAS menjelang Muktamar PAS Jun akan datang.

Sekarang bila ditanya mana bukti, ada lah? Memang dah jadi resam, takut untuk kemuka bukti. Adu sahaja kepada SPRM, biar pihak lain yang menyiasat. Kan adil. Kenapa takut.

Baca kenyataan SPRM.

Baca lagi, PAS diminta ambil tindakan.

Khabarnya PAS dah setuju untuk memanggil Ketua Dewan Ulamak itu untuk beri keterangan. Tetapi siasatan dalaman tak memberi kesan, repot sahaja kat SPRM, baru berkesan, samada tuduhan betul atau palsu.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat mula berdolak dalik
Bila tidak ada bukti kukuh, begini pula kenyataan Mohd Daud Iraq:
“Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Muhammad Daud Iraqi sekali lagi berkata beliau tidak menuduh mana-mana calon terlibat dalam isu memberi ‘saguhati’ kepada perwakilan sempena Muktamar Pas yang akan diadakan pada Jun depan.

Katanya, beliau difahamkan gejala itu mula wujud dalam Pas.

“Harapan saya bagi mereka yang buat hentikanlah. Jangan diteruskan. Saya tidak menuduh sesiapa. Saya cuma kata kalau ada jangan diteruskan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Bagaimanapun kata, dia yakin istilah ‘politik wang’ itu tidak ada dalam Pas. Apa yang berlaku itu cuma salah faham.

“Saya nasihatkan jangan biarkan situasi itu wujud. Jangan jadikan Pas seperti UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan beberapa pihak yang meminta perkara itu disiasat dan sekiranya tidak benar seperti dilaporkan, tindakan tegas perlu diambil kepada beliau yang didakwa mendedahkan perkara itu.

Banyak saluran yang sepatutnya Mohd Iraq boleh kemukakan. Beliau boleh kemukakan Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat, dalam Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (Baca Fasal 23 (7) (g)) dan tempat yang tertinggi dalam PAS iaitu Majlis Syura Ulamak (Fasal 7 (5) (c) . Persoalannya kenapa beliau tidak kemukakan. Nampak sangat beliau nak main politik di gelanggang yang salah? Memang patut beliau berundur. Lebih baik jaga cucu jer lah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: