Dana Kompleks PAS berhampiran Putrajaya dilancar

PAS_Complex_0004[1]

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Tabung Pembangunan Kompleks PAS yang bakal dibina di atas tapak seluas 17 ekar di sebuah hotel terkenal hari ini.

Projek pembinaan kompleks yang dianggarkan menelan belanja RM27 juta ini dipengerusi oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

PAS_Complex_0074[1]

Apabila siap, komplek ini bakal mempunyai sebuah dewan persidangan yang boleh memuatkan 8,000 orang di samping pusat latihan moden serba lengkap di samping kawasan perniagaan dan perumahan.

Tapak itu terletak di Sungai Merab iaitu kira-kira lima minit perjalanan dengan kereta dari pusat pentadbiran negara di Putrajaya.

Ia di kelilingi oleh tasik dan sungai yang mengalir di sebelah tapak 17 ekar itu.

Menurut Abdul Hadi, kompleks ini bakal mempersiapkan PAS untuk melangkah ke Putrajaya suatu masa nanti.

Di majlis itu, beliau menerima sumbangan dari pelbagai pihak untuk menjayakan pembinaan komplek yang bakal dibuat secara gotong royong di kalangan tenaga pakar dalam PAS.

“Kompleks ini sudah dirancang sekian lama dan setelah mempunyai tapak yang sesuai kita lancarkan kutipan dananya hari ini,” kata Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.

Sumbangan derma boleh disalurkan kepada Akaun BIMB No. 1402 3010 0390 98 atas nama PAS (Tabung Pembangunan Kompleks PAS)

Advertisements

3 Respons

  1. […] saya sempat hadir Majlis Pelancaran Dana Kompleks PAS Oleh YB Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi yang bernilai hampir RM27 juta. Projek […]

  2. Terima sms dari
    Askm, Datuk. Tahniah Datuk (Husam) dilantik sebagai Ketua Penyelaras kutipan dana untuk kompleks Pas di Sg Merab. Datuk lancarkan lah program sumbangan melalui sms, cara ni dapat buka pluang kat ramai rakyat Malaysia derma katdana ni.

    Tq, Datuk.

  3. Assalamu alaikum Admin… Sy ingan mengetaui status pembinaan komplek pas ini masa sekaran ini masih berjalan ke atau sebaliknya? Sy bertanya kerana ada dari kalanggan pengundi atas pagar dan umno bertanya mengenai bangunan ini.. Sy tak tahu nak jawab ape2.. Sy cuma menjawab dalam proses untuk mendapatkan dana… itu yg sy dpt bg jawapan pada mereka…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: