MCA tidak restui Timbalan Presidennya temui Husam

MCA tidak memberi kebenaran atau restu kepada timbalan presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk mengadakan perbincangan dengan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengenai krisis politik di Perak, kata presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat.

Pucuk pimpinan parti hanya diberitahu mengenai perbincangan itu oleh Chua semalam, katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas mengenai perkara itu yang tersiar dalam blog Chua semalam.

Selain isu Perak, Chua yang disertai anaknya yang merupakan Anggota Parlimen Labis, Chua Tee Yong, telah membincangkan isuisu politik secara am dan mereka bersetuju bahawa kini terdapat amalan politiking yang keterlaluan di negara ini. – mstar

Walaupun MCA tidak iktiraf Chua, BN pula buat keputusan berikut:
“Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dilantik sebagai Ketua Penyelaras Barisan Nasional (BN) di negeri yang dikuasai pembangkang.

Pelantikan bekas Menteri Kesihatan itu, diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Najib berkata, jawatan yang baru diwujudkan itu bertujuan memberi tumpuan kepada negeri yang tidak dikuasai BN”. – Berita Harian

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: