PRK Penanti: Umno/BN tidak bertanding, Umno pengecut atau apa…

Ini satu sejarah yang tidak pernah berlaku dalam Umno. Umno/BN boikot Pilihanraya tidak berani mengemukakan calonnya. Mungkin ini satu petanda kehadiran Najib melengkapkan teori RAHMAN.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat meluahkan rasa terkejut apabila pemimpin Umno tiba-tiba sekarang bercakap mahu mengikut perlembagaan.

“Apakah Umno mengisytiharkan darurat di Kelantan (Mageran) ketika merampas negeri ini pada 1978 adakah ia mengikut perlembagaan.

“Begitu juga menahan seseorang dalam tahanan ISA adakah mengikut perlembagaan sedangkan kita ada mahkamah,” kata Tok Guru di pejabatnya di sini, hari ini.

Begitu juga katanya dengan tindakan Umno merampas kuasa di Perak adakah ia mengikut perlembagaan.

Kata beliau rakyat Perak telah memilih Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri itu mengapa tiba-tiba pemimpin Umno memerangkap tiga wakil rakyat Pakatan untuk menubuh pula kerajaan lain.

“Adakah semuanya itu Umno lakukan mengikut perlembagaan. Apa yang jelas usia Umno sudah berada di penghujung sekarang,” katanya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Semalam Najib mengumumkan keputusan BN tidak bertanding di Penanti dengan mengemukakan alasan iaitu kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan.

Kerusi Dun Penanti kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, Umno boleh berdalih bermacam-macam seumpama budak-budak dadah berdalih ketika polis cekup mereka, biar pun ada dadah dalam poket semasa ditangkap.

“Alasan Umno itu cakap seperti budak dadah memberi alasan. Sekarang bukan sahaja pemimpin Umno yang tidak mahu letak calon, pengundi pun tiada lagi selera hendak mengundi BN.

“Bala menimpa Umno akhir-akhir ini. Dia sendiri yang menggali lubang. Pertama Umno tolak Islam. Sedangkan Allah telah menjelaskan dalam al Quran Islam itu cahaya iaitu jalan ke akhirat,” katanya.

Satu Respons

  1. nak kurang kan kos…asyik nak pilihanraya jer….rakyat dah jemu mainan PKR..dan anwar ibrahim…yang mempermainkan amanah rakyat…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: