Timbalan Presiden PAS: Husam akan umum hala tujunya

Malaysia Insider melaporkan:
“Datuk Husam Musa may end up the first casualty in the intense rivalry between the conservative ulama and the more progressive Erdogan factions ahead of next month’s party polls, with party insiders saying the PAS vice-president may pull out of the race for deputy presidency.

Husam, one of the leading lights of the Erdogans which consist mainly professionals who back stronger links with its Pakatan Rakyat (PR) partners, was expected to take on the incumbent conservative Nasharuddin Mat Isa along with Mohamad Sabu, another non-ulama”.

Semalam saya sempat hadir Majlis Pelancaran Dana Kompleks PAS Oleh YB Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi yang bernilai hampir RM27 juta. Projek tersebut telah diamanahkan kepada Dato Husam Musa dua tiga tahun lalu untuk mendapatkan kawasan yang sesuai bagi dijadikan Kompleks PAS didalamnya terkandung Pusat pentadbiran, latihan dain lain-lain serta ruang-ruang perniagaan dalam kawasan seluas 17 ekar berhampiran dengan Putrajaya (kira-kira lima minit berkereta ke Putrajaya)

Selepas majlis tersebut, sepanjang hari semalam saya (bersamanya sehingga makan malam tadi – turut hadir YB Dato’ Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena) tidak kedengaran bahawa beliau (Husam) akan menarik diri bertanding apa-apa jawatan termasuk Timbalan Presiden PAS.

Tidak tahulah pula di mana ‘sumber’ yang diperolehi Malaysia Insider tersebut. Mungkin sumber yang diperolehi itu adalah datang dari ‘kelompok’ yang tidak mahu kepada Husam. Kelompok ini difahamkan teramat dekat dengan agenda Utusan.

Yang saya dapat pastikan adalah Husam akan mengumumkan dalam masa terdekat mengenai Hala Tujunya dalam PAS seperti yang pernah dilontarkannya semasa mengisytiharkan bersedia untuk menawarkan diri ke jawatan tersebut.

Tarikh tutup Kesediaan bertanding bagi semua jawatan dalam PAS adalah 25 Mei 2009.


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini, mengesahkan tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden atau Naib Presiden Pas pada muktamar agung parti itu pada bulan depan.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah dalam kenyataan medianya menjelaskan keputusannya itu bagi membolehkan beliau memberi tumpuan kepada pembangunan dan pentadbiran kerajaan negeri ini.

Katanya, beliau hanya akan bertanding jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat saja, walaupun sudah mendapat pencalonan mencukupi untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: