Tok Guru minta rakyat doakan Kesejahteraan Tuanku Sultan

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Awang turut mendoakan supaya Tuanku Sultan Kelantan cepat sembuh.
“Saya berdoa dan meminta rakyat turut berdoa semoga Tuanku cepat sembuh,” katanya yang akan menziarahi Tuanku esok.

Rakyat Kelantan diminta bertenang dan mendoakan semoga Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Al Marhum Sultan Yahya Petra berada dalam kesejahteraan.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, semua rakyat hendaklah berdoa semoga baginda cepat sembuh kerana tiada ubat lebih mujarab melainkan doa kepada Allah Taala.

“Bagi saya ubat perkara kedua. Dan perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah berdoa. Saya berdoa dan meminta rakyat turut berdoa semoga Tuanku cepat sembuh.

“Saya tahu masalah sakit kerana saya sendiri pernah menjalani rawatan di hospital. Berdoa seramai yang boleh kerana Allah pilih mana doa yang mustajab,” katanya di sini, hari ini.

Sultan Kelantan menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian sejak Khamis lalu. Difahamkan keadaan baginda sekarang stabil.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, apabila berdoa beramai-ramai mungkin ada seorang dua yang dekat dengan Tuhan membolehkan doa cepat diterima.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: