Husam perlu disekat sepenuhnya, kata Wartawan Utusan memetik Sumber PAS Kelantan

i. Kelantan penentu Hala tuju PAS
Menjelang Muktamar PAS ke 55, Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa dilihat oleh ramai pemimpin PAS Kelantan yang ‘dengki’ dengan kebangkitannya sebagai sasaran utama serta dilabelkan sebagai pro-Anwar atau golongan “Erdogan”, dan dituduh pula Husam sengaja membangkitkan isu “hubungan sulit Pas-UMNO” sebagai langkah mempertahankan diri.

Isu itu mendapat sokongan daripada pelbagai golongan dalam Pas. Husam dilihat sebagai pemimpin masa depan parti itu disebabkan “kebijaksanaannya” dalam politik tanah air.

Bagaimanapun sumber dalaman Pas memberitahu, cara Husam berpolitik persis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, sangat membahayakan Pas. Justeru, Exco kanan kerajaan Kelantan itu perlu disekat daripada terus mara untuk menyandang jawatan nombor dua parti berkenaan.

Kata sumber itu, peranan itu mesti dimainkan oleh Mohd. Amar dan Takiyuddin bagi memastikan Husam dapat disekat sepenuhnya.

Biarpun kenyataan mereka berdua (Mohd Amar dan Takiyuddin) dinafikan oleh kepimpinan tertinggi Pas termasuk presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kebenaran dan asasnya tetap ada. Masakan pokok bergoyang jika tidak ditiup angin?

Siapakah sumber itu yang digunakan oleh Wartawan Utusan yang berkhidmat di Kelantan itu menulis rencana ‘Kelantan Penentu Hala Tuju PAS’.

Wartawan Utusan ini difahamkan sentiasa dihubungi Pemimpin Kanan PAS Kelantan itu untuk diberikan info-info terkini mengenai PAS. Kenapa mereka ini sanggup memberi maklumat kepada Wartawan Utusan ini, ini yang memeningkan kepala?

Kenapa Utusan digunakan. Sepatutnya menggunakan ‘saluran yang betul’ melalui mesyuarat-mesyuarat dalaman parti meluahkan ‘yang terbuku dan tersirat’, kerana mereka ini juga pemimpin parti ‘bukan pemimpin chokia’ macam kita. Sepatutnya gunakan Jemaah untuk selesai masalah, bukannya meluahkan masalah dalaman parti kepada pihak lain (UTUSAN).

ii. Husam on a Mission
PAS vice-president Datuk Husam Musa is taking centrestage in the party election next month despite four other contestants vying for the party’s deputy president post.

Unseating incumbent Nasharuddin Mat Isa is a mammoth task, given the divide within the party between the fundamentalists and liberals.

But all eyes are on Husam – who is said to be Parti Keadilan Rakyat (PKR) de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim’s man, Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat’s favourite and party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang’s political student.

iii. SPRM akan panggil Ustaz Mohd Daud Iraq
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi untuk memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah dalam pemilihan Pas, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, walaupun tiada kesahihan mengenai dakwaan tersebut namun penyelesaian secara dalaman adalah yang terbaik untuk parti itu.

Nak selesai macamana fakta tak sahih.

Gejala politik wang dalam Pas mula menjadi perdebatan selepas ia didedahkan oleh bekas Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Mohamed Daud Iraqi baru-baru ini.

Mohamed dilaporkan sebagai berkata, wujud aktiviti memberi makan dan baju oleh beberapa individu dalam parti kepada perwakilan sebagai cara untuk menarik sokongan mereka.

Bagaimanapun, keputusan mesyuarat Jawatankuasa Harian Pas Pusat yang diumumkan oleh Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas mendengar penerangan daripada Mohamed dan permohonan maaf beliau itu Isnin lepas memutuskan bahawa politik wang tidak wujud di dalam parti itu.

2 Respons

  1. Apa yang peliknya jika Husam berkawan dengan Anwar. Anwar yang join UMNO dulu sebenarnya pernah ditawarkan jawatan Presiden PAS semasa beliau mengepalai ABIM suatu ketika dulu. Kalau beliau tak masuk UMNO, nescaya Saudara Anwar yang pegang PAS. PAS dah ada unsur politik wang? Tak hairan kerana UMNO mula diresapi gejala politik wang semasa Anwar nak jadi Timbalan Presiden. Out Tun Ghaffar Baba dibuatnya. Sekarang pengaruh Anwar pun dah masuk kembali ke dalam PAS sama ada di cawangan atau bahagian. PAS sekarang umpama buah catur dan pemainnya adalah Anwar. Siapa nak makan siapa, tak tahu.

  2. MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I’TIQAD ASWJ [Siri 2] [23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H]

    Anjuran :
    PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),
    &
    Kolej Dar Hikmah,
    Jalan Sungai Ramal Dalam,
    43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    OBJEKTIF :

    * Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
    * Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
    * Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
    * Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.

    TEMA :
    Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.

    TARIKH :
    23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H

    TEMPAT :
    Kolej Dar Hikmah,
    Jalan Sungai Ramal Dalam,
    43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    TENAGA PENGAJAR :

    1. Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
    2. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
    3. Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    SASARAN :
    Seramai 150 orang yang terdiri dari:
    * Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
    * Orang Awam
    * Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang

    YURAN MURAH :
    RM 15 [INDIVIDU]

    MODUS OPERANDI :
    Program diadakan selama 2 hari 1 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta, Kitab Mukhtasor dan Kitab Aqidah Ibnu ‘Asakir (Aqidah Mursyidah).

    (Talaqqi kitab/Pembentangan/)

    TENTATIF PROGRAM
    Keterangan lanjut rujuk : http://pondokhabib wordpress.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: