Krisis Perak: Keputusan ditangguh, Siapa MB Sah, MB Haram?

TERKINI: Laporan dari kawan-kawan yang bertugas dan mengikuti Perbicaraan di Istana Keadilan. Terima kasih Nazri Tvpas, Wan Nordin.

4.58 ptg: Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan akan buat keputusan rayuan Dr Zambry untuk ketepi keputusan Mahkamah Tinggi KL yang mengisytihar Dato’ Seri Nizar MB Perak yang sah pada 3.30 petang esok.

4:38 ptg: Peguam Dr Zambry, Cecil sedang membuat hujah balas.

4:33 ptg: Wartawan dan krew TV masih menunggu di luar Bilik Bicara 3 untuk mendapatkan komen sebaik sahaja pihak yang terbabit keluar dari bilik perbicaraan Mahkamah Rayuan ini.

4:26 ptg: Keadaan di luar menunjukkan penyokong kedua-dua pihak kelihatan sedang bergerak ke arah Bilik Bicara 3 Mahkamah Rayuan.

4:23 ptg: Peguam Sulaiman selesai berhujah dan mohon Mahkamah Rayuan menolak rayuan Dr Zambry.

4:03 ptg: Peguam Sulaiman berhujah Dato’ Seri Nizar menghadap Sultan Perak untuk memohon pembubaran DUN mengikut peruntukan Perkara 36 (c) Undang-Undang Tubuh Perak, bukan mengikut Perkara 16 (6) seperti yang dihujahkan Cecil.

3:54 ptg: Keadaan di luar Istana Kehakiman kelihatan lengang dan masih terkawal dan cuaca sudah mula mendung.

3:52 ptg: Suasana di luar Bilik Bicara menunjukkan semua pihak gelisah dan masih menantikan keputusan Mahkamah Rayuan dengan penuh debaran.

3:38 ptg: Peguam Sulaiman masih membaca autoriti bagi kuatkan hujah untuk sangkal hujah Cecil Abraham dan Peguam Negara

3:24 ptg: Penyokong kedua-dua pihak masih berada di Lobi Istana Kehakiman dan tidak berlaku sebarang kekecohan.

3:13 ptg: Setakat ini, kelihatan penyokong Pakatan Rakyat (Dato’ Seri Nizar) lebih ramai.

2:57 ptg: Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin kelihatan memasuki Lobi Istana Kehakiman. Jumlah penyokong di luar kelihatan bertambah.

2:36 ptg: Peguam Sulaiman berhujah soal berapa bilangan kerusi DUN Perak yang dipegang BN tidak relevan dan apa yang penting adalah peruntukan yang dinyatakan Perkara 16 (6) Undang-Undang Tubuh Perak.

2:29 ptg: Kami di sini masih belum dapat mengesahkan sama ada keputusan diumumkan hari ini atau ditangguhkan. Ketika ini peguam Dato Seri Nizar sedang berhujah.

2:20 ptg: Peguam Sulaiman berhujah bahawa mengikut Perlembagaan Persekutuan, Raja-Raja tidak mempunyai kuasa untuk memecat Menteri Besar.

2:20 ptg: Kira-kira 30 penyokong Ds Nizar mula memenuhi lobi Istana Kehakiman.

2:18 ptg: Peguam Dr Zambry kelihatan memasuki Bilik Bicara 3

2:16 ptg: Mahkamah Rayuan menyambung perbicaraan, Peguam Nizar, Sulaiman Abdullah, memulakan hujah.

1.04 petang: Peguam Negara tamat hujah dan mahkamah tangguh rehat hingga jam 2 petang. Mahkamah Rayuan menangguhkan perbicaraan dan akan disambung pada jam 2 petang nanti.

12:55 – Lim Kit Siang dilihat memasuki Bilik Bicara 3 Mahkamah Rayuan.

12:53 – Peguam Negara berhujah Nizar hilang majoriti sokongan Adun di Dewan Undangan Negeri Perak kerana Pakatan Rakyat cuma ada sokongan 27 Adun berbanding BN dengan 28 Adun kerana Speaker tidak boleh mengundi.
Justeru, Nizar perlu letak jawatan Menteri Besar Perak apabila hilang majoriti kerana kumpulan minoriti tidak boleh tubuh kerajaan dan bercanggah dengan sistem demokrasi

12:53 – Keadaan masih tenang di dalam dan luar Mahkamah. Penyokong masih berkeliaran di sekitar lobi Istana Kehakiman

12.25: Mahkamah sambung semula dengar rayuan Zambry dan Peguam Negara mulakan hujah sebagai pencelah.

12.09: Nizar dan isteri keluar dari bilik bicara 3 untuk berehat 15 minit.

Datuk Seri Nizar bersama isteri keluar dari bilik bicara 3 di Istana Kehakiman untuk berehat 15 minit.- Foto BH

Datuk Seri Nizar bersama isteri keluar dari bilik bicara 3 di Istana Kehakiman untuk berehat 15 minit.- Foto BH

Berita Terdahulu
Mahkamah Rayuan dengar permohonan Siapa MB Sah, MB Haram?

Mahkamah Rayuan di sini pagi ini akan mendengar rayuan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berhubung status mereka sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

DATUK Seri Nizar bersama isteri ketika tiba di Istana Kehakiman, Dr Zambry tidak kelihatan hari ini. -Foto BH

DATUK Seri Nizar bersama isteri ketika tiba di Istana Kehakiman, hari ini. -Foto BH

Mahkamah dijangka mendengar rayuan kedua-dua mereka serentak sebentar lagi.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Bagaimanapun, sehari kemudian Mahkamah Rayuan di sini membenarkan permohonan Zambry untuk penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Berita lanjut akan menyusul ….

Satu Respons

  1. harap2 nasi tidak menjadi bubur… harap2 ds ir nizar mendapat restu mahkamah selaku mb sah… harap2 DUN perak bubar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: