ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob kembali kerahmatullah

KEMASKINI:

Tok Guru NIK Abdul Aziz Nik Mat mengimamkan solat jenazah Allahyarham Ismail Yaacob (gambar kecil) di Kuala Krai, Kelantan, semalam.

Tok Guru NIK Abdul Aziz Nik Mat mengimamkan solat jenazah Allahyarham Ismail Yaacob (gambar kecil) di Kuala Krai, Kelantan, semalam.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan kerusi DUN Manik Urai, Isnin ini.

Beliau berkata laporan itu hanya dapat dibuat Isnin ini kerana hari ini dan esok adalah cuti umum bagi Kelantan manakala Ahad adalah cuti hujung minggu di Kuala Lumpur.

Mohd Nassuruddin berkata demikian kepada pemberita ketika menziarahi jenazah Anggota Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Ismail Yaacob, 60, yang meninggal dunia hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Manik Urai, Haji Ismail bin Yaacob, 60 meninggal dunia selepas subuh sebentar tadi.

Haji Ismail Yaacob.... ADUN PAS Paling lama kembali kerahmatullah, ALFATEHAH

Haji Ismail Yaacob.... ADUN PAS Paling lama kembali kerahmatullah, ALFATEHAH

Haji Ismail dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya (penyakit gaot) sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Paksu Wel antara Adun yang paling lama di Kelantan.

Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim, Tetapi tewas kepada calon BN.

5 Respons

  1. […] Menurut teman saya Wae Jo, beliau adalah diantara ADUN yang paling lama di Kelantan. Klik disini. […]

  2. al-fatihah utk allahyarham…….

  3. Takziah buat ahli keluarga beliau…. Beliau seorang pemimpin yang dsegani… mmm… apa lagi alasan PM kita kali ini…

  4. […] ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob kembali kerahmatullah By skyp3 Dipetik dari blog JiwoKelate […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: