DUN Manik Urai: SPR akan umum Khamis depan

BN disaran tidak meletakkan calonnya, Kata Pilihanraya PAS Pusat, Dato’ Mustafa Ali.

Sementara itu, Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai di Kelantan, kata Datuk Seri Najib Razak.

“Ini kerana kekosongan kerusi DUN itu atas sebab Perlembagaan,” katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia sempena lawatan beliau ke Singapura.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada Khamis depan untuk memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Manik Urai, Kelantan, yang kosong berikutan kematian penyandangnya Haji Ismail Yaacob,60, pagi tadi.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika dihubungi berkata mesyuarat akan diadakan pada hari berkenaan sekiranya surat pemakluman mengenai kekosongan dihantar pada Isnin.

“Mesyuarat dijangka bermula pada 10 pagi dan SPR akan memaklumkan pada hari sama mengenai tarikh penamaan calon dan hari pengundian,” katanya.

Speaker DUN Kelantan Mohd Nassuruddin Daud hari ini berkata kekosongan kerusi DUN Manik Urai akan dimaklumkan kepada SPR, Isnin ini.

Ismail meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu kira-kira 5.50 pagi selepas dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan sejak bulan lepas.

Beliau, yang mewakii PAS, mula memenangi DUN Manik Urai pada pilihan raya umum 1986.

Sementara itu, ribuan penduduk menunaikan solat jenazah ke atas Allahyarham Ismail di Masjid Kampung Manek Urai Lama sebaik sahaja selepas solat Jumaat tadi.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mengimamkan solat tersebut yang melimpah sehingga ke luar masjid.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: