Kes MB Perak: Mahkamah Rayuan ketepikan keputusan Mahkamah Tinggi

Perkembangan terkini dan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan kes Nizar-Zambry hari ini: Terima kasih kepada krew-krew yang bertugas Nazri dan Wan.

KEMASKINI:
Panel tiga hakim itu mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah setelah mendapati Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membuat interpretasi yang relevan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Hakim Md Raus berkata, Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah membuat keputusan yang betul berhubung pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar yang baru berdasarkan Perkara 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak selepas baginda berpuas hati bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Selain itu katanya, tiada syarat mandatori dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak bahawa undi tidak percaya terhadap Nizar mesti dilakukan dalam Dewan Undangan Negeri dan ia boleh diperoleh atau ditentukan dengan cara lain.

Keputusan yang diumumkan panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Md Raus Shariff, Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu yang memihak kepada Nizar.

Peguam yang mewakili Nizar, Sulaiman Abdullah berkata, pihaknya akan mengemukakan notis usul memohon kebenaran untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada Isnin terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

4:18 ptg: Peguam Ds Nizar, Sulaiman Abdullah berkata, pihaknya akan membuat rayuan tetapi tidak menjelaskan tarikhnya.

Adun Pakatan Rakyat mengadakan sidang media.

Adun Pakatan Rakyat mengadakan sidang media.

4:10 ptg: Keadaan luar Bilik Bicara 3 Mahkamah semakin tegang. di lobi Istana Kehakiman. Penyokong Nizar memberikan tepukan gemuruh kepada peguam Nizar yang diketuai Sulaiman Abdullah ketika keluar dari Bilik Bicara 3.

3:52 ptg: Zambry kekal sebagai MB Perak selepas mahkamah benarkan rayuannya ketepi keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini. Kedudukan 3 – 0. Penyokong menunjukkan reaksi berbeza di lobi Istana Kehakiman selepas keputusan diumumkan. Orangramai ada yang berteriak/ bersedih kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan.

Peguam BN sedang mengadakan sidang media.

3:47 ptg: Semua panel hakim mahkamah rayuan diketuai Datuk Raus Mohd Shariff ambil tempat masing-masing untuk memulakan pembacaan kehakiman.

3:42 ptg: Semua pihak terbabit sudah bersedia. Mahkamah mula bersidang bila-bila masa dari sekarang.

Pihak media dan orang ramai masih menunggu di hadapan  lobi Istana Kehakiman.

Pihak media dan orang ramai masih menunggu di hadapan lobi Istana Kehakiman.

3:02 ptg : DPP Tun Majid Tun Hamzah dari pejabat Peguam Negara masuk ke mahkamah, begitu juga Cecil. Ketika ini dianggarkan lebih 100 penyokong sudah berkumpul di lobi Istana Kehakiman.

3:00 ptg : Kelihatan Peguam Nizar, Sulaiman Abdullah memasuki Bilik Bicara 3 10 minit lalu. Peguam Sulaiman Abdullah masuk ke dewan mahkamah dan sedang ambil tempat duduk. Peguam Zambry Cecil Abraham belum tiba.

2.55 petang: Wakil media dan orang awam mula masuk ke dewan mahkamah selepas melalui pemeriksaan ketat. Ramai kecewa tak dapat masuk. Polis menghadkan kemasukan orang ramai ke Bilik Bicara 3 Mahkamah Rayuan Istana Kehakiman

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: