Zaki belajar politik dan pentadbiran daripada Tok Guru MB dan Pembantunya

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Muhammad Zaki Ibrahim, sedia mencabar Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan bagi merebut jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas pada muktamar bulan depan.

Bagaimanapun Muhammad Zaki yang dihubungi semalam berkata, beliau akan menyerahkan surat jawapan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pas pusat selewat-lewatnya Isnin ini terhadap pencalonan beliau bagi jawatan penting sayap parti itu.

“Saya akan menyerahkan surat jawapan pada hari terakhir, tunggu dan lihatlah keputusan saya itu. Buat masa ini saya belum menerima apa-apa surat lagi daripada jawatankuasa pemilihan parti dan kekuatan sahabat saya (Nasrudin) juga perlu dilihat sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ditanya mengenai dakwaan segelintir pengendali blog penyokong Pas yang menyifatkan beliau sebagai anak didik Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, beliau tidak menafikan pernah belajar dengan Husam dan cukup mengagumi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu.

Beliau berkata, sejarahnya dengan Husam bermula ketika Naib Presiden Pas itu menjadi Ketua Dewan Pemuda Pas lagi dengan beliau yang ketika itu menjadi ahli jawatankuasa kerja Pemuda Pas banyak menimba ilmu serta pengalaman daripadanya.

“Cara kerja, cara berpolitik dan kehebatan beliau (Husam) cukup saya kagumi, jadi tidak salah jika saya belajar pelbagai ilmu dengannya. Malah, pimpinan Pas Pusat juga meletakkan harapan besar kepada beliau dan saya yakin dengan kemampuannya.

“Untuk kebaikan bagi memantapkan ilmu politik dan pentadbiran, saya juga belajar daripada ramai tokoh Pas. Dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob pun saya belajar,” katanya.

Menurut sumber, Muhammad Zaki akan mengumumkan hasratnya untuk bertanding jawatan itu dalam masa terdekat ini. Jawatan terbabit dikosongkan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub.

Satu Respons

  1. sepanjang mengamati blog jiwokelate,nampak sangat ketaksuban beliau kepada satu2 pemimpin.inilah cara orang mengampu dan jilat,saya pun cukup lama mengenali saudara,pembinaan kem yang wujud zaman berzaman dalam politik kelantan masih diteruskan oleh orang yang tak cukup makan seperti ini,sepatutnya penulisan yang mahu dipaparkan dapat membina kesedaran dan kematangan serta semangat ukhuwah yang tinggi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: