Islam (PAS) For All, kata Tok Guru Nik Aziz

KEMASKINI:
SMS mengenai ucapan Tok Guru Mursyidul Am di Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar hari ini:

Tuan-Tuan yang ada pada hari ini tidak ada semasa kami ditendang dari Umno, tak rasa perit pedihnya. Saya masih terasa, parutnya masih ada. Sampai bila pun kita tidak akan bersama dengan Umno!

Kata Tok Guru lagi:
Ulamak ada banyak tingkat, royat satu ayat ulamak juga, royat banyak ayat ulamak juga.

“Beritahu walaupun satu ayat”.

dan, apa yang boleh saya petik dalam sidang media Tok Guru sebentar tadi adalah Tok Guru kata “Islam (PAS) for All” dan saya faham adalah PAS bukan untuk Ulamak saja.

Sampai satu peringkat, kalu Cina Muslim, India Muslim berTAQWA, saya akan kempen dia jadi MB Kelantan, kata Tok Guru.

Mengenai pemilihan kepimpinan PAS, saya setuju bertanding, kata Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Kata Tok Guru lagi, terpulang kepada perwakilan untuk pilih. Saya berasa yakin yang akan naik ini, setelah bersama saya 20 tahun pimpin negeri kelantan, Dewan harian, Exco yang bersama saya telah mempraktikkan Islam…

“Bersama saya praktikkan dari segi aqidahnya, pentadbirannya, bacaan politik, pertandingan ini ada Exco-Exco kelantan, saya berasa gembira kerana orang ini telah mempraktikkan Islam,” kata Tok Guru menjawab pentanyaan wartawan selepas merasmikan Sambutan 25 Tahun Kepimpinan Ulamak di Taman Melewar.

Manakala SMS dari kawan yang menghadiri majlis kempen untuk Ustaz Nasharudin Mat Isa di Markaz Tarbiyyah, Taman Melewar.

Huah….. Timbalan Mursyidul Am ngempen teruh, tidak boleh menjadi pemimpin utama selain ulama.

Saya setuju seratus peratus dengan Ustaz Dr Harun Din, ulamalah yang sepatutnya memimpin. Tetapi …… baca seterusnya dalam penarikbeca

Lain-lain kenyataan Tok Guru:
Umno/BN (UBN) parti tidak bermoral – Tok Guru Nik Aziz

Tok Guru sedia serah jawatan MB

Tok Guru Nik Aziz alu-alukan SPRM siasat dakwaan

DUN Manik Urai: BN wajar bertanding, PAS ramai Calon

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengalu-alukan jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan wujudnya politik wang menjelang pemilihan parti itu bulan depan.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau mengalu-alukan tindakan tersebut supaya ahli-ahli PAS “beringat dan berhati-hati.”

“Sila, sila… saya buka pintu 24 jam. Dari segi keselamatan kalbu kita, perlu ada keterbukaan.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS mempunyai ramai calon yang berkelayakan untuk mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

“Calon sudah ada, ramai, tua muda semuanya ada dan layak, PAS tidak pernah ketandusan calon terbaik.

“Insya-Allah, kita akan letakkan calon tempatan,” katanya selepas merasmikan Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di markas PAS Taman Melewar, Gombak dekat sini, hari ini.

Pilihan raya kecil DUN Malek Urai, Kelantan akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Ismail Yaacob awal pagi semalam.

Ditanya mengenai Barisan Nasional (BN) yang akan meletakkan calon di Manek Urai, Nik Aziz menyambut baik keputusan itu kerana katanya, sebagai sebuah parti politik yang sah, BN sememangnya harus bertanding.

“Bila BN tidak mahu bertanding tempoh hari (di Penanti), dia telah menjadi taraf parti Bebas.

“Kalau sebagai sebuah parti politik yang sah, dia akan bertanding dengan cara mana sekali pun,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Aziz berkata, PAS mengamalkan sikap terbuka untuk membenarkan kaum Cina dan India memegang jawatan Menteri Besar Kelantan dengan syarat mereka harus beragama Islam, warak dan berkelayakan.

“Islam tidak gunakan bangsa sebagai sesuatu yang ditonjolkan.

“Walaupun Kelantan majoritinya Melayu tapi kalau Cina Muslim, India Muslim, belajar Islam di universiti dan luar negeri, saya sanggup berkempen di kalangan masyarakat Kelantan lantik dia jadi Menteri Besar.

“Umno sebut ketuanan Melayu, kita sebut ketuanan Islam,” katanya.

Katanya, jika Umno ingin bekerjasama dengan PAS, mereka perlu menukar dasar daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam.

Berhubung pemilihan parti pada Muktamar PAS Ke-55 bulan depan, Nik Aziz berkata, beliau percaya perwakilan akan membuat pilihan yang tepat.

Beliau melahirkan sokongan kepada calon-calon yang mahu bertanding kerana mahu membantu dan menyayangi parti, bukan yang sengaja bertanding untuk mencetuskan gangguan.

2 Respons

  1. Wanjo, Tok Guru ngepen ko sapo tu, kemah molek ayat ore tuo nih…..

    Wanjo: Tak tahu lah. Exco-Exco Kelantan hak bertandingnya ialah Husam (Timbalan Presiden), Dato Mohd Amar (Naib Presiden) dan Dato Taki (AJK PAS Pusat) Hak lain-lainnya ialah Dato’ Wan Rahim Wan Abdullah, Haji Mohd Apandi Mohamad dan Dato Ahmad Rosli Ibrahim.

  2. […] JiwoKelate pula melaporkan ada pihak berpendapat, seminar sehari di Taman Melewar itu adalah satu usaha untuk […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: