Tengku Muhammad Faris Petra dilantik Pemangku Raja

Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra dilantik sebagai Pemangku Raja sehingga Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra sembuh dari kegeringan.

Pengisytiharan yang dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Aiseri Alias itu membolehkan Tengku Muhammad Faris menjalankan tugas Sultan mengikut perenggan (b) Fasal (1) dan (3) Perkara 22A Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Aiseri berkata pelantikan Tengku Muhammad Faris Petra berkuatkuasa pada 24 Mei 2009 sehinggalah Tuanku Ismail Petra sembuh daripada kegeringan.

“Hendaklah ada satu Pangkuan Raja di dalam negeri apabila Al-Sultan gering tidak boleh menjalankan hal ehwal negeri, maka Majlis Perajaan Negeri hendaklah melantik seorang Pemangku Raja atau satu Majlis Pangkuan Raja,” katanya dalam satu kenyataan kepada media di sini hari ini. – BERNAMA

Advertisements

Satu Respons

  1. Salam blogger untuk Jiwo Kelate.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: