Timbalan Presiden: Sah! Husam tawar diri

KEMASKINI:
Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa akan menawarkan diri jawatan Timbalan Presiden parti itu minggu depan.

Keputusan beliau itu membuka kepada persaingan tiga penjuru.

“Saya buat keputusan muktamad pagi tadi… aya dah serahkan borang terima pencalonan sebentar tadi,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.


(Sesi soal Jawab)

Husam meletakkan “keperluan” semasa yang dirujuk kepada perkembangan politik dalaman parti itu dan nasional termasuk usaha sesetengah pihak yang mahu bekerjasama dengan Umno sebagai asas turun gelanggang pemilihan Timbalan Presiden kali ini.

Beliau dari awal menentang sebarang kerjasama dengan Umno, yang menurutnya selari dengan keputusan Muktamar PAS tahun lalu.

Ditanya sama ada tindakan beliau melawan Nasharuddin akan menjejaskan perpaduan dalam PAS, Husam yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, beliau tidak mencabar Nasharuddin.

“Saya cuma tawar diri (bertanding),” kata beliau dengan diiringi senyuman.

Malah katanya, PAS pernah menyaksikan persaingan tiga penjuru bagi jawatan Timbalan Presiden termasuk pada tahun 2003 tetapi tidak pernah berpecah.

Husam memberitahu beliau telah memaklumkan pendiriannya kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi tadi dan akan berbuat demikian apabila menemui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tengah hari ini.

Mahfuz tawar diri Naib Presiden

Mogok lapar tidak salah

Saya tidak akan tarik diri – Nasharudin

Video Sidang media Dato Husam dan Dato Mahfuz akan menyusul


Urusan penerimaan pencalonan pemilihan PAS ditutup hari ini.

Lima orang dicalonkan bertanding jawatan Timbalan Presiden. Husam dan Nasharuddin sudah sahkan dan dua yang lain menolak untuk bertanding.

Seorang lagi Naib Presiden, Mohammad Sabu juga dikatakan akan merebut jawatan itu.

Nasharuddin, Timbalan Presiden PAS sejak dua penggal, pagi tadi juga mengesahkan kepada akan mempertahankan jawatannya buat penggal ketiga.

Sama ada tindakannya itu bermakna Nasharuddin tidak mampu lagi menyandang kerusi itu, Husam memberitahu, “Nasharuddin seorang pemimpin yang lebih baik daripada saya dan sebab itu saya menyokong beliau selama dua penggal yang lalu.”

Bagaimanapun kata beliau, amanah yang diberikan oleh ahli akar umbi dan pemimpin parti yang lain “mengatasi personaliti.”

Nasharuddin dilihat sebagai terlalu liberal kepada usaha kerjasama dengan Umno, dan Husam menegaskan, PAS perlu meneruskan pendirian “tengah” dalam perjuangannya.

Sehubungan itu, Husam juga menekankan, beliau tidak akan berganjak daripada keputusan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden walaupun jika ada usaha berkompromi kelak.

“Saya seorang yang konservatif dan apabila sudah membuat keputusan, tidak akan mengubah keputusan,” katanya.

Teks penuh Kenyataan Media Dato Husam Musa
Dengan Nama Allah, Maha Pengasih Maha Penyayang
Maha Berkuasa Atas Semua Perkara
Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad s.a.w yang mulia.

1. Saya terlebih dahulu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada
Datuk Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kerana sekali lagi mendapat
kepercayaan ahli-ahli untuk terus memimpin Parti Islam SeMalaysia PAS sebagai
Presidennya.

Beliau mempunyai tsiqah dan kepercayaan yang tinggi dari ahli-ahli untuk memimpin
PAS berasaskan Islam yang komprehensif dengan pendekatan yang mampu
melonjakkan sokongan masyarakat silang budaya dan agama di Malaysia.

2. Sebagai sebuah parti yang mengamalkan kepimpinan kolektif, lengkap melengkapkan
antara satu sama lain dan dipandu oleh Majlis Syura Ulama’, saya yakin bahawa
gandingan yang mantap boleh membantu Datuk Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi
Awang memimpin PAS terus menerus menerokai kemajuan dan pembukaan sehingga
berjaya dari segi politik menggantikan tempat UMNO sebagai
teraju utama negara pada masa akan datang.

3. Setelah mempertimbangkan semua aspek; termasuk pengharapan yang dinyatakan oleh Kawasan-Kawasan PAS di seluruh negara, baik yang mencalonkan saya atau pun
tidak, serta keputusan Majlis Syura yang bersidang pada 10 Mei 2009 yang
menyatakan tidak ada ketetapan bahawa jawatan yang saya akan tandingi adalah
khusus, tertutup dan eksklusif, serta, pengurusan dan kepimpinan pada peringkat
tertentu yang memerlukan satu semakan untuk keperluan semasa yang mendesak, saya
dengan segala rendah diri, tawadhu’ dan semangat yang diajarkan oleh Rasulullah
s.a.w untuk tegur menegur baik dengan lisan mahupun tindakan, mengumumkan
menerima pencalonan sebagai Timbalan Presiden PAS bagi sesi 2009/2011.

4. Saya yakin, kawasan-kawasan yang mencalonkan saya, melaksanakan pencalonan itu
dengan penuh tanggungjawab dan pertimbangan yang tidak harus diperkecilkan oleh
mana-mana pihak atas kematangan dan pengharapan mereka.

Melalui semangat tarbiyyah Islamiyyah yang telah dijalani oleh semua peringkat parti,
terutama selepas Kepimpinan Ulama’ mengambil alih teraju kepimpinan PAS sejak
1982, serta amal Islami dan adab jamai’ie yang berteraskan ukuran ukhrawi yang
menjadikan PAS berbeza dari parti politik yang lain, saya sangat berharap bahawa
keputusan saya ini diterima dengan dada yang terbuka dan pertandingan ini berlangsung
dalam semangat ukhuwwah Islamiyyah dan ethika persahabatan yang tinggi. Semoga
segalanya berjalan sebagai ubudiyyah dengan segala tertib dan rukunnya.

Sesungguhnya, saya bersetia dan menyatakan wala’ saya yang tidak berbelah bahagi
kepada PAS, Presiden Parti, Mursyidul Am dan Majlis Syura seperti sepatutnya
dilakukan oleh ahli parti yang terdidik.

5. Saya yakin, ahli-ahli tidak terpengaruh dengan percaturan UMNO/media-media tertentu atau mana-mana pihak luar untuk mencorakkan keputusan ahli dalam pemilihan saf kepimpinan PAS nanti.

6. Berdasarkan waqi’ atau realiti politik negara pada hari ini, saya berkeyakinan
bahawa sudah sampai masanya PAS berusaha menggantikan tempat UMNO sebagai
teraju utama politik negara dan ini hanya boleh dilakukan dengan PAS menjadi pesaing
UMNO dan bukan rakan dalam apa bentuk ikatan.

Penolakan ke atas UMNO adalah kerana sifat perjuangannya yang memisahkan aktiviti
pemerentahan dari hitungan akhirat dan bimbingan wahyu, yang membawa kepada
berleluasanya korupsi, penyelewengan dan salah guna kuasa serta hilang puncanya
UMNO dalam isu hubungan kaum dan agama di Malaysia.

Segala keburukan yang berlaku dalam negara ini, baik amalan demokrasi yang tempang,
kehilangan rule of law dan runtuhnya kepercayaan terhadap semua institusi utama
dalam negara, peningkatan jenayah, keruntuhan akhlak dan kepincangan-kepincangan
yang lain memerlukan islah yang menyeluruh dengan kedudukan PAS sebagai teraju
perubahan, dengan izin Allah.

7. Kepercayaan masyarakat bukan Islam yang semakin subur terhadap PAS kini tidak
harus sama sekali dipersia-siakan baik dalam konteks dakwah mahu pun pengukuhan
politik menuju kedudukan sebagai parti yang paling dipercayai, bersekali dengan rakan-
rakan dalam Pakatan Rakyat dengan kedudukan PAS yang mampu berdiri sama tinggi.

Saya, Husam Haji Musa, dengan ini, mengumumkan menerima pencalonan sebagai Timbalan Presiden PAS.

Kepada Allah saya bertawakkal.

30 Jumad Al Ulaa 1430
25 Mei 2009

Pejabat Agung Pas,
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Advertisements

3 Respons

  1. nampaknya 3 penjuru. boleh percaya ke kat nasa tu???

  2. dah banyak penggal pegang tim. tak ada apa pun. baik blah je la nasa oiiii

    http://percayaker.blogspot.com

  3. hidup husam. buat apa golongan ulama kalau tidak lantang di dalam dewan rakyat. rakyat mahukan pemimpin yang matang dan berwibawa berbaik dengan umno akan menjadi kudis dalam pas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: