Konvensyen Kelab Penyokong PAS 30 Mei 2009

PAS mengorak selangkah lagi dalam usaha menggalakkan penyertaan bukan Islam dalam satu sayap utama – seperti Dewan Pemuda – dengan menganjurkan konvensyen Kelab Penyokong PAS (KPP).

Program anjuran lajnah perpaduan antara lain bertujuan mengumpul syor daripada pemimpin akar umbi KPP sebagai usaha untuk menjadikan KPP menjadi sebuah dewan.

“Saya berharap mereka dapat memberi cadangan dan resolusi (konvensyen) akan dibawa kepada jawatankuasa PAS (untuk pertimbangan),” kata timbalan pengerusi biro tersebut Dr Halimah Ali.

Bercakap di sidang media hari ini bagi mengumumkan program tersebut, beliau berkata ia dijadual diadakan di sebuah dewan di Pejabat Tanah Klang, Sabtu ini.

Perasmiannya disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat jam 8 pagi.

Kira-kira 500 pemimpin bukan Islam di peringkat kawasan akan diberikan taklimat perkembangan terbaru usaha PAS memajukan KPP dan perbahasan bertemakan “Berdiri Teguh Menempuh Cabaran”.

Satu jawatankuasa khas dibentuk bulan lalu untuk meneliti lebih serius pembabitan ahli bukan Islam dalam PAS selepas permukiman parti itu November lalu meluluskan usaha menaik taraf KPP.

Advertisements

Satu Respons

  1. sebuk napok panglimo …

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: