Menawarkan diri atas Keupayaan menyumbang kepada Parti – Mahfuz Omar

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Mahfuz Omar turut mengesahkan bahawa beliau bertanding jawatan Naib Presiden PAS pada pemilihan akan datang.

Ketika mengumumkan pendiriannya di sini hari ini, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, beliau menawarkan diri atas keupayaannya boleh menyumbang kepada parti.

Beliau menyerahkan borang menerima pencalonan di Ibu Pejabat PAS hari ini.

Kali ini ketiga-tiga kerusi Naib Presiden kosong apabila dua penyandangnya menawarkan diri ke jawatan Timbalan Presiden iaitu Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu manakala seorang lagi iaitu Ustaz Ahmad Awang tidak mempertahankan jawatan.

Sambil menegaskan tidak menyokong mana-mana pihak (proulama dan profesional atau kumpulan Erdogan), beliau berkata, hasratnya hanya satu iaitu menggunakan peluang sebaik mungkin bagi merealisasikan hasrat untuk membentuk kerajaan baru di negara ini.

“Saya tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana `rakit’ (ulama atau profesional). Pas perlu memenangi hati rakyat jika berhasrat mencapai kejayaan dalam pilihan raya akan datang.

“Jika saya nak dipilih untuk jawatan ini, pilihlah saya bukan kerana saya ketua penerangan, bukan kerana kekerapan saya memberikan kenyataan akhbar,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: