Zaki tarik diri, Nasruddin Tantawi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

KEMASKINI
Oleh: Jiwokelate (Video)

- Grafik Malaysiakini

- Grafik Malaysiakini


Timbalan Speaker DUN Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim yang di war-warkan sebelum ini akan menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat menarik diri pada saat-saat akhir semalam.

Mungkin atas perundingan, Tiga jawatan utama Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini diisytiharkan menang tanpa bertanding.

Dengan ini, Ustaz Nasruddin Tantawi dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS yang sah manakala jawatan timbalannya disandang oleh Azman Shapawi dan Naib Ketua Pemudanya ialah Sabki Yusof.

Seperti diduga, jawatan timbalan presiden menyaksikan perebutan tiga penjuru antara penyandangnya Nasharuddin Mat Isa, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Manakala, calon-calon yang bertanding bagi jawatan Naib Presiden PAS ialah seramai lima orang iaitu Dato’ Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr Mujahid Rawa dan Mohd Amar Nik Abdullah.

Bagi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat , seramai 54 orang menawarkan diri bertanding untuk memlih seramai 18 orang.

Manakala Dewan Muslimat PAS Pusat, semua jawatan dipertandingkan kecuali Naib Ketua disandang Senator Mumtaz bt Md Nawi apabila Exco Kerajaan Kelantan, Wan Ubaidah bt Omar menarik diri.

Bagi jawatan Ketua Dewan Muslimat, Penyandang Ustazah Nuridah Salleh bertemu dengan Dr Ustazah Asiah Ali, Timbalannya Wan Hasrina bt Wan Hassan bertemu dengan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah bt Mohd Yusoff.

Bagi Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat seramai 23 orang calon menawarkan diri untuk dipilih seramai 12 orang.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden Pas manakala bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, tidak bertanding bagi merebut jawatan Naib Presiden pada muktamar agung parti itu di Shah Alam, Selangor, Jun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Datuk Mustafa Ali, hari ini berkata, Hadi menang tanpa bertanding dan Mohammad Nizar hanya akan bertanding bagi merebut jawatan ahli jawatankuasa kerja Pas pusat.

Sidang Media (Video)

Pertandingan bagi merebut jawatan timbalan presiden menyaksikan persaingan tiga penjuru antara penyandang Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, dan seorang lagi Naib Presiden, Mohamad Sabu, katanya pada sidang media di Ibu pejabat parti itu, di sini.


Katanya, jawatan Naib Presiden pula menyaksikan persaingan lima penjuru antara Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar; Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa; Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah; Ketua Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayob dan Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pertandingan bagi jawatan ahli jawatankuasa kerja yang menawarkan 18 tempat, menyaksikan jumlah pencalonan wanita terbanyak pada sesi 2009/2011 iaitu seramai tujuh orang daripada 54 calon yang bertanding.

Mustafa berkata, pemilihan bagi kepimpinan Dewan Ulama Pas pula menyaksikan Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Harun Taib; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dan Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed menang tanpa bertanding bagi jawatan ketua, timbalan ketua dan naib ketua.

Bagi Dewan Muslimat Pas, Noraini Hussin dan Nor Hashimah Deraman bertanding bagi jawatan pengerusi tetap, Faizah Ismail dan Wan Hamidani Wan Ahmad bagi jawatan timbalan pengerusi tetap, Dr Asiah Ali dan Nuridah Mohd Salleh untuk jawatan ketua dan ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff serta Wan Hasrina Wan Hassan (penyandang) bagi timbalan ketua manakala Senator Mumtaz Md Nawi dipilih sebagai naib ketua tanpa bertanding.

Dewan Pemuda pula menyaksikan Nasruddin Hassan, Azman Shapawi Abd Rani dan setiausaha Dewan Pemuda Ahmad Sabki Yusof masing-masing dipilih sebagai ketua, timbalan ketua dan naib ketua, tanpa bertanding.

Sementara itu, Mustafa berkata, senarai pencalonan kali ini diumumkan lebih awal kerana ingin memudahkan media dan juga calon yang akan bertanding bagi membolehkan perwakilan membuat keputusan awal.

Beliau berkata, proses undian akan dilakukan secara kiraan satu-satu seperti yang diamalkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang membabitkan 45 orang petugas.

“Bagi pemilihan untuk dewan pemuda, ulama dan muslimat, kita jangka akan mendapat keputusan pada petang 4 Jun manakala keputusan untuk pemilihan pusat pula pada 6 Jun,” katanya.

Mustafa berkata, semua calon dibenarkan untuk berkempen tetapi mereka dilarang berbuat demikian melalui lidah rasmi parti itu, iaitu Harakah.

Bagaimanapun nama calon disiarkan dalam akhbar tersebut.

“Saya rasa calon cukup menjaga etika masing-masing. Mereka mahu berjumpa untuk kempen kita tidak larang, cuma setakat ini dalam Pas, jika mereka terlalu nampak berkempen, perwakilan tidak akan suka,” katanya.

Muktamar bagi Dewan Pemuda akan diadakan di Taman Melewar bermula 3 Jun ini, Dewan Muslimat di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 4 Jun dan Dewan Ulama di Muzium Shah Alam juga pada 4 Jun manakala muktamar agung di Stadium Melawati Shah Alam bermula pada 5 Jun. BERNAMA/ Berita Harian

Advertisements

Satu Respons

  1. zaki x de telor ke?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: