Dr Haron Din tidak sepatut berkempen?

Baca Sinar Harian hari ini 30 Mei 2009: “KESETIAAN AHLI DIRAGUI”.

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din semalam menyuarakan kebimbangan bahawa tahap wala’ ahli kepada Presiden Parti semakin berkurangan kerana ada segelintir lebih menumpukan kepada pemimpin lain dalam memperjuangkan agendanya.

Jika ragui kepada ahli batalkan saja program Jom Sertai PAS. Kasihan kepada Program ini. Tutup saja Laman ini http://www.jomsertaipas.com/.

Siapa tak wala’ ni? Kerana pertandingan jawatan dalam parti, timbul isu tidak wala’? Bukankah pertandingan itu dibenarkan oleh Perlembagaan PAS dan Majlis Syura pada mesyuaratnya 10 Mei lalupun mempertegaskan persoalan ini.

“Konsep kepimpinan ulama bermakna Presiden, Timbalan Presiden dan ahli jawatankuasa pusat parti akan dipandu oleh Majlis Syura Ulama,” kata Dato’ Dr Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS. – 10 Mei 2009.

Dr Haron Din tidak berkempen?
Mengulas mengenai pemilihan peringkat tertinggi khususnya pertandingan bagi peringkat jawatan Timbalan Presiden dalam Muktamar parti Jun ini, Dr Haron Din membanyangkan bahawa calon yang bertaraf Ulamak perlu dan akan menguasai kerusi itu. – Sinar Harian 30 Mei 2009.

Sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din tidak sepatutnya berkempen, sepatutnya beliau senyap sahaja. Kerana beliau juga kena baca Perlembagaan PAS Fasal 14 Hak-Hak Ahli.

Sepatutnya beliau menjadi ‘orang tengah’ tidak berpihak kepada mana-mana kelompok Ulama, Profesional atau aktivis kerana setiap kelompok ini ada peranan masing-masing yang perlu digunakan bagi memajukan parti.

Jika orang seperti Haron Din sudah memihak dan menunjukkan sikap seperti ini:

“Dalam keadaaan sekarang parti perlu menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh setengah pihak yang menyatakan bahawa terdapat puak yang dinamakan sebagai ‘Erdogan’ yang lebih pro kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Umno, semua ini perlu diatasi oleh PAS” – Sinar Harian 30 Mei 2009.

Siapa setengah pihak itu? Sipa pula yang dituduh sebagai Erdogan yang Pro Anwar? Maka alangkah malangnya PAS selepas ini jika Dr Haron Din yang asyik ‘menuduh’ atau mendengar sahaja apa yang diperkatakan pembantu tanpa siasatan rapi ataupun sekurang-kurangnya bawalah ke mesyuarat supaya diputuskan.

Ingat! Dato’ ini bakal menggantikan Tok Guru Nik Aziz sebagai Mursyidul Am pula.

Adakah tuduhan Dr Haron Din boleh dipertanggungjawabkan, berFAKTA?. Apakah ini tidak boleh dibawa bincang dalam Majlis Syura Ulamak atau Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, TERPAKSA diluahkan kepada media-media yang dianggap musuh sebelum ini. Adakah dengan meluahkan kepada media semua masalah parti dapat diselesaikan?

Apakah Haron Din telah lupa, suatu ketika dulu, dua perkara besar yang berlaku keatas dirinya:-
1. beliau telah diamanahkan untuk bertanding di Kawasan Parlimen Arau pada Pilihanraya Umum ke 11 (maaf, bukan Pilihanraya ke 11 TETAPI PILIHANRAYA KE 10, TAHUN 1999), beliau menolak dengan alasan. Alasannya memang logik? Tetapi dimana Wala’nya ketika itu. Ini juga bukti tidak ada wala’ kepada Jemaah. jIKA BELIAU SENDIRI TIDAK WALA’, APA NAK DIKATA. Semua ahli PAS Kecewa dengan sikapnya ketika itu.

Dan kenapa pula pada pilihanraya ke 11 DAN 12, Mac 2008 lalu beliau sanggup bertanding. Alasannya juga kemas. Masalah dulunya sudah selesai. Sudah Beres Pak. Tetapi PAS terpaksa berkorban untuknya? Nak tahu lanjut, tanya PAS atau pemimpin-pemimpin PAS yang kanan-kanan. Tetapi mungkin mereka tak cerita. Jangan tanya saya. Saya pun dengar juga. Jika tanya saya, sila berikan ICnya kita periksa di Pejabat Kerajaan.

2. Suatu ketika dulu (Siasah?) Dr Haron Din pernah mencadangkan supaya PAS dibubarkan dan ditubuhkan parti baru dengan melantik orang lain (Anwar) jadi Ketua. Ini juga mengkhianati wala’ yang diberikan.

– Akhir sekali jangan tuduh orang sembarangan, kerana orang lainpun boleh kata macam itu juga.

“SIAPA MUSUH DALAM SELIMUT” – Orang yang berkendak dalam gelap atau Orang yang menentang Orang Berkendak dalam gelap.

Cubaan membawa parti berkompromi dengan Umno jelas memperlekehkan wala’ yang ahli PAS berikan.

Jangan lupa Orang ‘Baling Batu Sembunyi tangan’
Orang macam ini pun sangat membahayakan parti.

12 Respons

  1. salam, gue pun tak fahamlah dgn tmam pas ni..terlalu memihak and tak bolih jadi payung utk semua ahli pas..and meragui ke Ikhlasan ahli pas yang lain. terutama golongan professional..tapi,, dulu masa issue anwar tahun 98…uhd lah yang ceramah getek dgn azmin..

    pening..gue dgn pimpinan yang macam ni..dia tak wala..tak apa kot..org lain mesti wala..

  2. seorang calon timbalan akan berkempen di batu gajah malan ini. jom pi ramai2…

    http://msomelayu.blogspot.com/2009/05/apakah-makna-dan-ertinya-semua-ini-jam.html

  3. masa anear dalam umno, dia tu bukan main lagi dengan anwar. …..

  4. Bagus lah ada orang tegur pemimpin PAS.Saya suka nak masuk PAS tapi kerana saya bukan Ulama dan akan di kelas dua kan maka tak jadi lah saya nak join.
    Lagi pun saya anti lahwal hadis,ada yang extremist anggap anti hadis ini kafir. Tapi Allah yang suroh kita anti lahwal hadis AlQuran 31:6.”Ada orang guna lahwal hadis untok menyesatkan orang lain dari jalan Allah,tanpa pengtahuan,dan mentertawakannya (Islam).”
    Kita jangan taksub sangat dengan Ulama. Setan suka menyamar sebagai Ulama.Cara begitu paling effectif untok sesatkan umah. Chontoh..Preside PAS nak join UMNO/BN atas alasan Unity Gomen.
    Jangan takut nak pulblis komen saya.Ini Kebenaran. Ada blog beca tak mau publish komen saya yang di anggap extremis..

    Baca lagi rencana “Setan,Ulama,Hadis and ISA” di…

    http://warongpakyeh.blogspot.com

  5. Harun din ni tiap kali ada pertandingan dia nak masuk.. pahtu tarik diri. Nasib baik ada kerusi yang tak payah dipertandingkan macam Timb. Mursyidul Am..

    Hamba ingat kalau beliau bertanding kat mana-mana kerusi pun tak akan menang sebab tak tetap pendirian.

    Setakat masuk tv ada sijil belum terbukti ketokohan, kewibaan atau keikhlasan sesaorang. Belum kira lagi kepimpinan dan apa itu erti perjuangan.

    • Salam, wei samdol. Jgn maen serkap jarang. Kawasan la yang mencalonkan. Kemudian calon ada hak nak tanding atau tarik diri. Nampak sgt bukan ahli PAS, x tau perlembagaan dan prosedur.

  6. Adakah anda percaya berita yang diterbitkan sinar harian??? betulkan itu kenyataannya???

    Jiwokelate: Kena tanya Dato’ Dr Haron Din, saya petik apa yang ada dalam Sinar Harian, jika Sinar Harian tidak betul, saman saja mereka.

  7. Saya rasa elok kita buat protes atau usul tak percaya kepada para “ulama” yang kerja menuduh rakan seperjuangan lain tanpa ada bukti kukuh. Mereka ni bukan menjadi qudwah kepada ahli-ahli malah telah menimbulkan banyak masalah.

  8. […] Dr Haron Din tidak sepatut berkempen? Baca Sinar Harian hari ini 30 Mei 2009: “KESETIAAN AHLI DIRAGUI”. Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron […] […]

  9. Salam a’laik,

    Sudahlah pakcik Wan Jo. Saya xtahu atas dasar apa Wan Jo sokong Husam. Bahaya menanti bila Husam jadi TP. Jadi Naib pun dah banyak statement beliau menyalahi Presiden. Kalu jadi TP, xtau la apa jadi. Even, ada banyak tindakannya dibuat tanpa membawa kpd Mesyuarat PAS Pusat antaranya TVPas.

    Husam memang bijak mengemukakan idea baru tapi sekrg semuanya tak berjaya. Jihad ternak, takaful kifalah yang kering kantongnya dll.

    Benarlah kata seorang ulama’ sufiyyah, PAS akan hilang keberkatan sbb ahli dah mula menghina ulama’. Wallahua’lam.

    Jiwokelate: Lagi bahaya berpemimpin orang yang buat kerja, asyik tengok saja. Ceramah, mengajar jauh sekali. Nak cari pemimpin macam Abang Mat Sabu, baru parti berkembang.

    Bukan kita nak lawan Ulamak, kita hanya nak tukar TP yang ada sekarang, sementara jumpa Ulamak yang macam Abang Mat Sabu, ceramah ke hulu ke hilir, tak kira masa. Baru lah parti kita berkembang. TP sekarang tak buat kerja, ‘ralek’ dengan muqabalah dengan pemimpin Umno atau berkendak dalam gelap.

    Nak tahu Jihad Ternak kena baca di sini

    Mengenai Takaful Kifalah masih berjalan seperti biasa, nak tahu lengkap kena pergi tanya Pegawai Kewangan Negeri Kelantan atau buat soalan sidang DUN melalui Wakil Rakyatmu.

    Jika nak tahu detail mengenai Dato’ Husam jangan tanya Sayuti Omar (MSO memang dah jadi musuh), tanyalah TokGuru Nik Aziz sendiri. Maafla hamba jawab ringkas

  10. […] Permohonan Maaf Dato…nor suzana pada Jangan terperangkap dengan Age…Ibnuqalil pada Dr Haron Din tidak sepatut…Ibnuqalil pada Dr Haron Din tidak sepatut…Top Posts « Wo… pada Dr Haron Din […]

  11. dululain sekarang lain…. ahli yang diragui itu ahli yang kluk klek

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: