Isu Chin Peng: Utusan sengaja manipulasi kenyataannya – Salahuddin

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub kesal dengan tajuk Utusan Malaysia (Benarkan Pulang – Pembangkang) semalam yang didakwa dimalipulasi kenyataannya berhubung cadangan membawa pulang Chin Peng, Bekas Pemimpin Parti Komunis Malaya itu.

“Saya meminta kerajaan membuat suatu penyiasatan yang serius, jauh berbeza dengan apa yang saaya maksudkan. Mereka memang sengaja memainkan isu ini tujuan untuk membangkitkan semangat perkauman, kononnya saya menyokong Chin Peng pulang ke tanah air,” kata Salahuddin kepada media di Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat, di sini.

Utusan Malaysia semalam mengeluarkan kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub berkata, tidak salah sekiranya Chin Peng dibenarkan kembali ke tanah air asalkan bekas pemimpin PKM itu tidak menjadikan komunis sebagai ideologinya.

“Saya syorkan kerajaan menemui Chin Peng dan membuat penilaian secara menyeluruh bagi menentukan sama ada dia masih komunis atau tidak.

“Jika Chin Peng tidak lagi mengamalkan ideologi ini saya tidak nampak perlunya kerajaan menghalang beliau daripada kembali ke tanah air. Chin Peng wajar dibenarkan kembali ke Malaysia sekiranya dia meninggalkan doktrin komunis,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengenai tindakan sesetengah pihak yang cuba menghidupkan aktiviti komunis melalui laman blog, Salahuddin berkata, masyarakat di negara ini sudah tahu menilai baik buruknya dan mereka tidak mudah terpengaruh.

Utusan turut memuatkan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustafa Kamil Ayub pula berpendapat, tidak ada salahnya untuk Chin Peng kembali ke Malaysia asalkan beliau sudah berubah dan bersedia mendokong perlembagaan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: