Apakah Haron Din lupa pernah cadang Anwar jadi Ketua?

Dalam Sinar Harian 30 Mei 2009 lalu, muka depan memaparkan tajuk “KESETIAAN AHLI DIRAGUI” dengan gambar Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.

Dalam tulisan saya sebelum ini, dengan memetik berita muka depan Sinar Harian 30 Mei 2009, “Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din semalam menyuarakan kebimbangan bahawa tahap wala’ ahli kepada Presiden Parti semakin berkurangan kerana ada segelintir lebih menumpukan kepada pemimpin lain dalam memperjuangkan agendanya”.

Dr Haron Din menimbulkan isu tahap Wala’ kepada Presiden kini? Lupakah beliau dengan cadangan beliau supaya PAS dan PKR digabungkan dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengetuai parti gabungan tersebut. Ini dilaporkan oleh Siasah keluaran 28 Oktober – 17 November 2005 seperti gambar di bawah.

Isu Haron Din cadang Anwar jadi Ketua

Dalam SIASAH keluaran tersebut, Dr Haron Din berkata:
“Beliau percaya PAS tidak mempunyai masalah termasuk untuk menjadikan Anwar sebagai pemimpin parti gabungan itu kerana PAS sebelum ini pun pernah menerima pemimpin yang bukan daripada pendidikan agama, seperti Dr Burhanuddin al-Helmi dan Asri Muda”.

Apakah tahap Wala’ beliau ketika itu kepada Presiden Parti sedangkan beliau sehingga kini menyandang jawatan Timbalan Mursyidul Am PAS.

Pengaruh luar mana yang telah meracuni Timbalan Mursyidul Am ketika itu. Adakah cadangannya itu di bawa ke mesyuarat atau, bagaimana, main redah jer. Tuduhannya sebahagian Pemimpin PAS kini diresapi dengan Pengaruh Luar (Agen Anwar dan Umno) terkena kepada dirinya sendiri.

Atau mungkin tuduhannya itu ditujukan kepada kelompok yang ingin sangat ‘berkendak dalam gelap – istilah penarikbeca’ dengan Umno/BN (UBN).

Apakah Haron Din pelupa? Jika itulah sifatnya, maka amat wajarlah beliau mengundur diri kerana banyak kenyataannya kini menyusahkan parti.

Jiwokelate: Pendedahan ini dibuat kerana ‘sikap melampau’ setengah pemimpin yang lupa kepada kenyataannya sebelum ini. Tuduhan atau tegur menegur atau nasihat menasihati tanpa fakta perlu dihentikan segera.

Advertisements

6 Respons

  1. Patutlah tak pernah pilihanraya..bersebab gak tu..

  2. Salam, jangan marah dekat DHD,, sebab dia sebenarnye bukan ahli politik, tapi akedemik and bomoh perubatan al shifa..Jadi bab sepak terajang politik ni..dia kurang sikit lah gue rasa..sebab tu,,dia bila d calon tarik diri..bila d suruh bertanding pilihan raya tarik diri sebab dia tak suka bertanding,,dia mau jawatan apabila d amanah aje..macam timbalan majlis syura..kan d beri jawatan tu..bukan melalui pertanding..ni .sebab dia tak suka bertanding..jadi..sebab tu bila ada pertandingan dia tak suka..tak suka..pertanding bolih bawa macam-macam fitnah and menyebabkan ahli pas hilang pedoman and jadi setengah giler..sebab asik dok kempen org ni main sorok-sorok org ni main mata dgn org lain..so, sabar ajelah..insyaAllah lepas muktamar ni..akan kembali bersatu…mana yang fruss tak menang and calon dia tak menang…bolihlah slow-slow isi borang NGO aje..bukan umno tau..p joint ngo dakwah atau sosial aje..bila dah sejuk..aktif baliklah…klo tak lu bolih belah ajelah..

  3. saya setuju dengan pandangan saudara yang DHD bukanlah ahli politik yang hebat..bab ni memang beliau kena akui…tetapi ilmu dan lain lain yang beliau ada perlu dihormati oleh lawan dan kawan.

  4. wan jo,

    anda bekerja dgn PAS, gaji anda dibayar oleh PAS, TETAPI anda melaga-lagakan kepimpinan PAS. Anda mengangkat satu Tok Guru dan anda menjatuhka maruah Tok Guru yang lain.

    Tunggulah balasan Allah untuk perbuatan anda.

  5. anda boleh tanya terus dgn Ust Haron Din apa maksud beliau pada waktu itu.
    Tak perlu nak menjatuhkan maruah seorang ulama sedemikian rupa.
    tapi anda memilih untuk menyerang kenyataan beliau yg dibuat pada tahun 2005. apa motifnya?

    lain masa dan suasana lain approachnya. itulah kehebatan ulama yg tajam bacaan politiknya.

    kalau setakat Husam bayar anda untuk menulis cerita-cerita sebegini…percayalah..ianya tidak akan membawa anda ke mana bila ulama diperlekehkan.

    Allah akan marah bila org2 alim yang banyak ilmunya dan sentiasa beramal dgn ilmunya di jatuhkan maruahnya dikhalayak.

    .

  6. DHD adalah seorang ahli akedamik, alim dan wara’. perlu ada dalam jemaah kita sebagai pengimbang baik dan penasihat. beliau insy Allah tahu apa yang dia buat dan insya Allah direstui oleh pimpinan kita.
    kita wajar ikrami dia dan mengharap sesuatu yang baik dapat disumbangkannya kepada jemaah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: