Dua ADUN BN mohon maaf atas fitnah Besar kepada Husam

KEMASKINI:

Hari ini seorang lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) iaitu Adun Bukit Bunga, Mohd Adhan Kechik membuat kenyataan memohon maaf secara terbuka kepada Naib Presiden PAS Dato’ Husam Musa yang juga Exco Kerajaan Kelantan yang telah difitnah dengan dakwaan melakukan penyelewangan, namun tiada sebarang bukti.

Adham (kiri), Nozula (tengah) bersalam dengan Dato' Husam Musa - Foto Harakahdaily

Adham (kiri), Nozula (tengah) bersalam dengan Dato' Husam Musa - Foto Harakahdaily

“Saya amat berterima kasih kepada Dato’ Husam kerana sudi menerima permohonan maaf kami secara bersemuka dan ini amatlah dihargai,” katanya pada persidangan media di bilik rehat Adun di Tingkat 1, bangunan Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini.

Semalam, Adun BN Paloh, Dato’ Nozula Mat Diah lebih awal menarik balik segala tuduhan tidak berasas yang dilemparkan terhadap anggota Exco terbabit dua tahun lalu.

Pada 27 November 2007 Adun terbabit membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah dengan menyerahkan dokumen yang diperolehi dari sumber yang tidak pasti kononnya penyelewengan dilakukan Dato Husam.

Dakwaan mereka sebelum ini membabitkan sembilan isu termasuk salah guna kuasa, penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn. Bhd, isu kedai Majlis Daerah Machang dan kambing jamnapari.

Ekoran dakwaan tersebut Husam yang juga Naib Presiden PAS menyaman sejumlah RM6 juta terhadap kedua-dua Adun BN terbabit kerana memfitnahnya.

Mohd Adhan berkata, beliau mengikut jejak rakannya Nozula menyelesaikan kes di luar mahkamah.

Sidang media (video) akan menyusul.


Ditanya tindakan itu dibuat sama ada kaitan dengan suasana kempen pilihan raya kecil Dun Manek Urai, Mohd Adhan yang juga seorang peguam berkata, ia tiada kena mengena kerana ia merupakan isu peribadi bukan politik.

“Kami membuat kenyataan terbuka memohon maaf kerana sedar ini merupakan satu kesilapan besar yang telah kami lakukan kerana bertindak terburu-buru setelah menerima maklumat dari sumber tertentu.

“Dahulu di bilik ini kami berkumpul untuk membuat kenyataan akhbar dan hari ni pun kami beada di sini juga untuk membuat pembetulan,” katanya.

Sementara itu Husam berkata, beliau bersikap terbuka dan sedia menerima sebarang teguran dari semua pihak termasuk media.

Namun kata beliau sekiranya ia fitnah kesannya amat besar dalam hidupnya serta boleh menjatuhkan reputasinya dan beliau tidak teragak-agak mengambil tindakan.

“Saya berharap selepas ini, kalau nak buat sesuatu laporan, biarlah mempunyai bukti dan

Advertisements

2 Respons

  1. Kenapa tetiba je mintak maap??? Dekat2 muktamar plak tu…

  2. Berhat-hatilah bilamana menulis blog. Tulis dengan ilmu & iman.

    “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. ” (Al Hujurat ayat 12)

    View Profile: Rantong™

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: