Perwakilan diminta Pilih Pro atau Anti Kerjasama Umno – Khalid Samad

Perwakilan PAS dinasihatkan membuat keputusan memilih pemimpin berdasarkan faktor siapa pro kerjasama dengan Umno dan siapa tidak dan bukan atas dasar siapa ulamak atau siapa Profesional.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, perwakilan perlu membuat pilihan berdasarkan faktor tersebut kerana isu kepimpinan Ulamak atau profesional bukan isu sebenar PAS. Sebaliknya isu itu dimainkan oleh pihak lawan (Umno/ BN – UBN).

“Kalau saya, jawapannya ringkas, atas dasar siapa pro kerjasama dengan Umno dan siapa tidak kerana kalau yang pro kerjasama maka percayalah, isu muzakarah dan muqabalah akan terus kedengaran dan PAS tidak mampu memecut ke depan dengan lajunya dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana dua kaki dalam perahu yang berbeza.

kalau yang anti kerjasama menang, maka kedua-dua kaki dalam perahu yang sama, malah isu muqabalah dan muzakarah tidak akan kedengaran sama sekali, insya Allah PAS akan dilihat sentiasa di saf hadapan Pakatan rakyat dalam segala isu,” katanya yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Shah Alam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai dasar manakah yang harus diberi pertimbangan oleh perwakilan membuat pilihan menentukan kepimpinan PAS sempena Muktamar Tahunan PAS ke 55 yang dijadualkan mulai 5 Jun nanti.
– Sumber Sinar harian 3 Jun 2009 dengan pindaan – Jiwokelate.

Baca juga Persedian PAS untuk ganti Umno

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: