Mantapkan PAS dalam Pakatan Rakyat – Salahuddin

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub menggesa ahli dan kepimpinan Pemuda PAS agar melihat perkembangan pesaing utama di kalangan pemuda Pakatan Rakyat (DAPSY dan AMK) untuk memantapkan Pemuda PAS.

“Selain berhadapan dengan Pemuda Umno yang menjadi pesaing utama kepada Dewan Pemuda PAS, kita juga turut bertemankan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) yang menjadi komplimenter dalam memperkasakan Pakatan Rakyat.

“Saya teruja melihat pemimpin-pemimpin muda yang muncul dan memimpin AMK dan DAPSY pada masa ini. Mereka adalah generasi baru yang mewakili aspirasi baru Malaysia yang menolak gagasan sempit yang berasaskan kaum atau sentimen-sentimen sempit yang lain.

“Mereka sekarang sedang bercakap soal ketelusan pentadbiran, keadilan undang-undang, keadilan sosial, kecekapan kerajaan dan kestabilan ekonomi yang menjadi isu pokok ke arah Malaysia sebuah negara maju dan berkebajikan,” kata Salahuddin dalam ucaptama sempena Muktamar Pemuda PAS ke-50 di Markas Taman Melewar hari ini.

Ujar beliau lagi, isu-isu yang bersifat perkauman, keagamaan yang sempit, sentimen kedaerahan dan seumpamanya sudah tidak relevan kepada generasi baru Malaysia. Inilah persoalan yang membuatkan parti-parti perkauman dalam BN kini kehilangan dukungan rakyat, khususnya golongan muda.

Bagi Dewan Pemuda PAS, perkembangan ini perlu dilihat secara positif, dan pemuda sendiri mesti berperanan secara positif juga supaya PAS terus diterima di pentas politik negara, katanya.

Beliau percaya AMK dan DAPSY telah mempunyai rancangan-rancangan kerja jangka panjang masing-masing bagi menangani perubahan ini, maka generasi baru Pemuda PAS juga perlu membuat kajian dan perancangan yang lebih strategik dalam memperkukuh Pakatan Rakyat, katanya.

“Kita bukanlah “sleeping partner” kepada Pakatan Rakyat atau sekadar pelengkap sahaja, tetapi Pemuda PAS mahu PAS menjadi tulang belakang kepada kebangkitan Pakatan Rakyat dalam menamatkan kezaliman, penindasan dan penyelewengan BN,” katanya.

Pemuda PAS adalah tenaga utama dalam meningkatkan peranan PAS ini termasuk dalam kerajaan dan dalam pakatan untuk mengembleng rakyat semuanya yang perlu diberikan suntikan perangsang yang baru, katanya.


“Saya bukan bermaksud supaya PAS menguasai Pakatan Rakyat dan parti lain menjadi pengikut kita, kerana saya sedar semua parti adalah komplimenter antara satu sama lain. Tetapi saya mahukan dalam apa aspek pun peranan dan sumbangan gerak kerja PAS dalam memperkasakan Pakatan Rakyat dipertingkatkan,” ujarnya.

Tujuan utama memberikan penekanan terhadap proses mempertingkatkan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat ialah kerana mahu Pakatan Rakyat diperkukuhkan, ujarnya.

Pakatan Rakyat telah mendapat kepercayaan sebahagian besar rakyat di semenanjung ini dan BN kini hanya bertahan dengan sokongan pengundi dari Sabah dan Sarawak sahaja, katanya.

“Kita telah diberi peluang oleh rakyat untuk membuktikan apa yang kita war-warkan apabila lima buah negeri serta Wilayah Persekutuan telah berada di tangan kita dapat dimanifestasikan.

“Keyakinan rakyat ini mesti diterjemahkan kepada dasar-dasar kerajaan yang telus, bersih dan berkebajikan supaya kemenangan kita dapat dipertahankan. Memperkukuhkan Pakatan Rakyat adalah tanggungjawab kita bersama dan tidak timbul langsung soal kita ingin memisahkan diri daripada pakatan ini,” tegasnya.

Salahuddin juga menyeru kepemimpinan tertinggi parti supaya dapat mengkaji secara mendalam peranan dan kedudukan PAS setelah setahun Pakatan Rakyat dibentuk, supaya dapat menilai dan memuhasabah pencapaian ke arah pembaikan.

Ahli-ahli juga PAS perlu memahami bahawa penglibatan PAS dalam Pakatan Rakyat bukanlah suatu yang tidak syar�ie atau dibuat semata-mata untuk kepentingan politik semasa sahaja.

Kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat adalah berteraskan prinsip yang berbeza dengan kerjasama BN, katanya.

PAS akan tetap berpegang teguh dan istiqamah dengan dasar perjuangannya tanpa menggadai prinsip.

Ujarnya inilah yang membezakan PAS dalam Pakatan Rakyat dengan Umno dalam BN kerana ujarnya Umno bergabung dengan BN tetapi tidak menguntungkan Islam dan orang Melayu.

Advertisements

2 Respons

  1. Satu pandangan dan seruan yang bijak.Untuk merealisasikannya , perwakilan perlu memilih Datuk Husam sebagai TP bagi memantapkan PAS dan rakan2 dalam PR menuju ke putrajaya.

  2. Isu isu bersifat perkauman, keagamaan yang sempit sentimen kedaerahan/kenegerian sudah tidak relevan kepada generasi muda Malaysia sekarang. Tidak seperti BN isu isu perkauman maseh menebal dengan wujudnya UMNO, MCA dan MIC yang mana parti tersebut mewakili kaum masing masing.

    Pas perlu mengikuti DAPSY dan AMK dengan melantik golongan muda untuk menerajui sayap pemudanya. Dengan adanya golongan muda menerajui sayap pemuda akan dapat memperkukuhkan Pakatan Rakyat dalam menghadapi BN/Umno dalam PRU 13 nanti.

    Dengan melantiknya Datuk Husam Musa sebagai Timbalan Pas akan memantapkan lagi gandingan dengan Tuan Guru Hadi Awang sebagai Presiden Pas. Juga akan memperkukuhkan ikatan Pakatan Rakyat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: