Rakyat memberi harapan kepada PAS sebagai ‘Government-in-Waiting’

Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub merumuskan dua pencapaian besar Pemuda PAS sepanjang enam tahun di bawah teraju beliau.

“Pertama, kita telah berjaya menganjakkan pendekatan politik bangkangan konfrontasi kepada politik bangkangan konstruktif. Kita telah mengambil pendekatan untuk bersama-sama dengan kerajaan dalam perkara-perkara yang melibatkan kepentingan negara.

“Kita juga telah mengambil langkah untuk menyalurkan kritikan yang lebih membina dan mengusulkan cadangan yang konstruktif dalam menangani masalah-masalah pentadbiran negara,” ujarnya menyampaikan ucaptama pada Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat ke 50, di Taman melewar sebentar tadi.

Katanya, agenda ‘engagement’ yang diterokai semenjak enam tahun lalu telah membentuk satu persepsi baru terhadap politik PAS iaitu sebagai pembangkang yang membina.

“Kedua, dengan pendekatan-pendekatan baru itu, serta pendidikan politik yang lebih bersungguh-sungguh dan gerakan penerangan yang lebih meluas, Pemuda PAS telah berjaya melakarkan imej baru bagi PAS sebagai parti kepercayaan rakyat untuk menggantikan Umno/BN,” ujarnya menerangkan pencapaian berikutnya.

Katanya, dahulu PAS lebih dilihat sebagai pembangkang selama-lamanya, tetapi kini di mana-mana rakyat memberi harapan kepada PAS sebagai ‘government-in-waiting’.

Salahuddin mula menerajui Dewan Pemuda PAS Pusat sebagai Ketua Pemuda pada tahun 2003 dan tahun ini merupakan muktamar terakhir beliau sebagai Ketua Pemuda. Selepas ini, beliau akan digantikan oleh Ustaz Nasharudin Hassan @ Tantawi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: