Selesai masalah dalaman bukan melalui media – Wakil Kelantan

PAS-pemuda

PEMIMPIN BARU… YB Salahuddin Ayub (tengah) bersama Nasrudin Hassan (kanan) yang menggantikannya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS dan Azman Shapawi selaku Timbalan Ketua yang baru sayap itu pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat ke-50.

Sementara itu, Wakil Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman ketika membahaskan Ucaptama berkata Isu dalaman parti wajar diselesaikan di peringkat parti tanpa meuar-uarkan kepada orang luar terutamanya media massa yang tidak bersama perjuangan PAS.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Kelantan berkata, biarpun media memberi sokongan kepada PAS, dalam masa yang sama mereka memecahkan parti.

“Kita jangan menari mengikut rentak media, kalau mereka bersama kita pun hanya hendak pecah belah,” ujarnya dalam ucapan perbahasan ucaptama Ketua Pemuda pada Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-50 di Taman Melewar, dekat sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga menggesa pimpinan pemuda dapat bekerja secara kolektif untuk parti.

Beliau juga mengingat perwakilan supaya tidak menimbulkan isu ulama dan profesional dalam perjuangan PAS.

Ini katanya, golongan ulama, profesional dan aktivis parti satu gabungan yang memperkuatkan parti dan seterusnya dapat mencipta kejayaan sehingga hari ini.

“Tanpa mereka ini PAS tidak akan mencapai kejayaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mengambil kesempatan mengajak Dewan Pemuda dan PAS Pusat untuk turun ke Manek Urai yang akan menghadapi Pilihan Raya Kecil pada 14 Julai depan.

Keputusan Penuh Dewan Pemuda PAS Pusat dan DewanUlamak PAS Pusat


Keptusan Penuh Dewan Pemuda PAS Pusat 2009-2011
Ketua Dewan Pemuda: Nashruddin Hassan (MTB)
Timbalan Ketua : Azman Shapawi Abdul Rani (MTB)
Naib Ketua: Ahmad Sabki Yusoff (MTB).

Ahli Jawatankuasa
1. Riduan Mohd Noor – 197 undi.
2. Nik Abduh Nik Aziz -194 undi.
3. YB Mohd Firdaus Jaafar (176);
4. Mohd Nazri Chik Zain (165);
5. Suhaizan Kaiat (165);
6. YB Nasir Zakaria (150);
7. Kamal Ashaari (145);
8. Kamalrulzaman Mohamad (139);
9. Khairul Faizil Ahmad Kamil (139);
10. Mohd Adram Musa (135);
11. Abdullah Abdul Karim (127) dan,
12. Raja Iskandar Raja Yaacob (120).

Seramai 229 perwakilan telah mengundi hari ini.

Keputusan tersebut diumumkan oleh pengerusi jawatankuasa pemilihan Dewan Pemuda PAS, Hassan Shukri sebentar tadi.

Manakala keputusan penuh pemilihan jawatan Dewan Ulama PAS Pusat yang diumumkan oleh Dato’ Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok.

Ketua: Ustaz Harun Taib (Menang tanpa bertanding – MTB)
Timbalan: Ustaz Tuan Ahmad Yaakob (MTB)
Naib: Dr Mahfodz Omar (MTB)
AJK:
1. Ustaz Husin Awang (193 undi)
2. Ustaz Ghani Shamsudin (186)
3. Ustaz Nik Zawawi (186)
4. Ustaz Saleh Sani Harun (156)
5. Ustaz Abu Bakar Abdullah (153)
6. Dato’ Ustaz Mohd Daud Iraqi (152)
7. Ustaz Abdullah Abd Razak (152)
8.Ustaz Hasan Mohamad (143)
9.Ustaz Ismail Noh (138)
10.Ustaz Mohd Zain Abd Rahman (138)
11.Ustaz Mohd Mustafa (131)
12.Ustaz Abdullah Husin (129)

Pemeriksa Kira-kira: Ustaz Hj Ibrahim Omar (188)

Satu Respons

  1. Saya hampa dengan keputusan undi dalaman PAS. Tok Guru Nik Aziz maki di pencilkan. Tapi saya tak salah sesiapa. Saya salah Nik Aziz juga. Preside dan naib preside di lihat sebagai tidak bermoral kerana magu lompat ka BN dengan Unity Gomen. Kenapa tidak Nik Aziz cabar atau suroh orang cabar A.Hadi ???
    Kenapa Nik Aziz tak mahu bicara dengan Husam dan Mat Sabu supaya salah saorang sahaja yang lawan Nasa ???
    Nik Aziz di lihat berkoko sahaja tetapi tidak menjadi Nakhoda sebenar ???

    Komen yang sama di letak kat abang beca tapi selalu tak di censor. Saya bercakap demi kebaikan PAS.PAS perlu faham yang Democrasi adalah rakyat mememimpin melalui wakil rakyat dan MP..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: