Kerajaan Perpaduan: Najib terima kasih Presiden PAS

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mengamalkan sikap terbuka berhubung cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disarankan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana masih belum mengetahui maksud sebenar di sebalik saranan itu.

“Saya berterima kasih kepada Presiden PAS Datuk Seri Hadi (Awang) yang telah mengutarakan kerajaan perpaduan. Tetapi saya tidak tahu lagi apa yang dimaksudkan, jadi saya bersikap terbuka dalam hal ini.

“Terpulang kepada pihak Datuk (Seri) Hadi untuk menggambarkan apa yang dimaksudkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Parti Progresif Rakyat (PPP) ke-56 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Hadi di dalam ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Pas ke55 di Stadium Malawati barubaru ini sekali lagi mempertahan ideanya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan yang disifatkan mampu menyelesaikan masalah negara.

Bagaimanapun, Hadi berkata gagasan itu perlu melalui proses perbincangan secara terperinci oleh pelbagai pihak dan tidak perlu dilaksanakan secara tergopoh gapah kerana ia suatu yang baru di kalangan rakyat.

Mengulas lanjut Najib berkata, beliau juga tidak boleh membuat keputusan berhubung perkara itu secara bersendirian kerana ia merupakan satu keputusan yang amat besar dan mesti diterima oleh pimpinan atasan Umno dan Barisan Nasional (BN). – mstar

Macamana pula ni, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak cadangan kerajaan perpaduan seperti yang disyorkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Habis bercelaru!! Siapa Celaru? Mursyidul Am, Presiden, ahli-ahli, termasuk aku sekali.

Rata-rata Perwakilan hari ini menolak “Kerajaan Perpaduan”, Tok Guru dah kata ‘KARUT’ kepada idea kerajaan perpaduan.

Yang MANA SATU, KITA NAK WALA’ DAN TAAT. Timbalan Mursyidul Am, Haron Din suruh Wala’ kepada Presiden dan Mursyidul Am PAS pula macamana ??????? selepas ini akan menyusul lagi….

6 Respons

  1. “Bagaimanapun, Hadi berkata gagasan itu perlu melalui proses perbincangan secara terperinci oleh pelbagai pihak dan tidak perlu dilaksanakan secara tergopoh gapah kerana ia suatu yang baru di kalangan rakyat.”

    huhuhu…cuba fahamkan apa maksud kata Haji Hadi ini?? benda ini benda baru dikalangan rakyat?? benda baru maknanya bnda yang blum pernah diadakan. tapi sebelum ini PAS pernah bernikah ngan UMNO dan selepas itu diceraikan zaman dato’ Asri Muda dulu??

    maknanya gabungan ini bukanlah gabungan sebagaimana yang berlaku zaman Asri dulu. mungkin gabungan yang membawa keuntungan kepada PR. mana tahu tu strategi yang licik oleh Haji Hadi. Beliau kenal UMNO bukan sari dua malah die kenal UMNO sebelum PKR wujud lagi..

    lagi satu xkan la bodoh sgt PAS nk bergabung ngan UMNO pastu nk berkongsi kuasa. Aku yakin Haji Hadi xbodoh smpai cm tu skali. Mungkin ade kebijaksanaan yang dia belum dedahkan lagi untuk kepentingan bersama. macam politik kampusla. aku penah guna cara ini untuk kepentingan kita. tapi ramai kata aku giler..

    sebab ape?? sebab aku nk buat perkara baru yang blum org lain pernah buat sblum nie kat kampus.

  2. Jangan taat kepada mana mana pemimpin hanya kepada ALLAH. Klau nak pakat dengan UMNO pergi lah tetapi tunggu lah PRU 13 dan apabila PAS kecundang maka UMNO akan tendang PAS dan semua orang ketawa. Kami yang bukan ahli PAS kat luar ni yang memangkah PAS tempoh hari rasa kesal lah sebab kena tipu dengan PAS dah la kena branded dengan BN/UMNO, baik sokong dan bodek UMNO dapat juga projek nak susah susah promosi PAS dengan orang Cina dan India buat apa, rupa rupa nya betul lah PAS pakai ketayap UMNO pakai songkok. Sokong UMNO sekurang kurang nya lumayan, sokong PAS dapat apa dengan cakap orang macam Nerd Nasharuddin tak tentu lagi dunia pun tak selamat akhirat lagi belum tahu.
    Kecewa dan menyesal pangkah PAS dah la kita sengkek duduk kat rumah flat je dia relax duduk dalam bungalow. POraaahhhh.

  3. Saya sokong Tok Guru Nik Aziz. Idea kerajaan perpaduan ini memang mengarut. Saya nak tanya Tuan Guru Hadi sendiri, apa jaminan UMNO akan ikhlas dalam kerajaan perpaduan itu nanti? Tuan guru boleh secara teori menyatakan kerajaan tanpa pembangkan, munkin tuan guru ikhlas, tapi puak2 UMNO yg tamak akan sentiasa mencari helah/idea untuk menikam tuan guru dari belakang.
    UMNO ini sudah terkenal dengan sikap bermuka2. Undang2 pun meraka boleh manipulasi.. apa lagi perpaduan yg belum jelas ertinya..

    Lihat sendiri.. Najib kata.. “terimakasih atas cadangan tuan guru”.. sudah ada pegaruhnya sendiri dalam pemikiran rakyat.. sudah ada yg menyatakan… ‘uikk Tuan guru ini nak besetongkol dengan UMNO ka?” Ada pula yg kata.. sebenarnya idea kerajaan perpaduan in untuk kareer politik Tuan Guru Hadi semata2.. kerana dalam PR tuan tidak mungkin dipilih sebagai PM sekiranya menang dalam PRU13.

    Kepada Tuan Guru Hadi.. tolong sangkal cakap2 orang ini..jika tuan betul2 ikhlas.. kerana sudah ade blog2 yg heboh menyatakan kerajaan perpaduan adalah agenda tersendiri tuan untuk menjadi PM.

  4. Tuan2 semua.. kerajaan perpaduan munurut Tuan Guru Hadi.. bukan lah PAS gabung dengan UMNO.. yg saya faham.. Idea dio ni.. untuk mewujudkan “kerajaan tanpa pembangkang”. so semua parti politik tak payah berpolitik sakan.. fokus kepada masalah rakyat.. UMNO, PKR, DAP, PAS dll semua bersatu hati menyelesaikan masalah rakyat.. Dalam parliment tiada pembangkang.. segala usul akan dibincang dan diundi.. sebenarnyer bagus juga…. tapi tidak praktikal… Pasal benda baru… belum ade didunia yg guna pakai kaedah ini… Dr. M pun kata.. klau tiada pembangkang nanti tiada Check & Balance

    Kalau semua pemimpin baik macam Tuan Guru Hadi.. boleh la pakai kaedah kerajaan perpaduan ni… umno sudah tentu bila2 masa saja akan menikam kawan/lawan…

    Hamas dengan Yahudi.. boleh ke buat kerajaan perpaduan!? Sungguh tidak praktikal.. Junjungan Nabi juga tidak pernah buat kerajaan perpaduan ni..

  5. kata TGNA umno adalah telur penjajah, saya paham maksud itu umno spt penjajah juga, menjajah minda rakyat malaysia,membolot kekayaan malaysia,dan banyak lagi korupsi, itukah parti yang pas nk kompromi?lupakanlah wahai hj hadi, sedarlah pas dapat kerusi di Dun dan Parlimen kerana apa? saya yakin dalam PRU 13 nanti jika idea ini tidak dikuburkan, awas kami yg berketurunan india dan cina tidak akan memberikan sokongan kepada pas lagi, awas hj hadi kamu jangan jadi 2X5 dgan Umno/Bn

  6. […] Anda bob pada Muktamar 55: Ucapan Penggulung…ajwad beheshti pada Kerajaan Perpaduan: Najib teri…ismail pada Salahuddin lancar Album …editor pada Musuh Dalam Selimut: Saya […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: