Musuh Dalam Selimut: Saya minta maaf jika ucapannya itu disalahfaham – Haron Din

KEMASKINI:

Datuk Husam Musa memohon Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din memberi penjelasan berhubung ucapannya mengenai “musuh dalam selimut” sehingga parti itu wajar mengetatkan mekanisme pertandingan.

Husam, yang gagal dalam percubaan jawatan timbalan presiden semalam, berkata penjelasan ungkapan kontroversi tersebut “mustahak”.

“Saya minta Dr Haron menjelaskan ungkapan itu dalam kertas kerja tersebut,” katanya, sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan sebagai mantan naib presiden PAS hari ini di muktamar PAS di Stadium Malawati, Shah Alam.

“Penjelasan (ungkapan) itu mustahak.”

Dua minggu sebelum persidangan, Dr Haron berkata PAS harus berhati-hati terhadap musuh parti, termasuk tajaan Umno atau negara asing, yang bakal menguasai pucuk pimpinan parti.

Ketika bercakap di seminar kepemimpinan ulama 23 Mei lalu, tokoh ulama PAS itu berkata musuh-musuh parti berpeluang menaikkan pemimpin tertentu melalui liputan meluas di media.

“Faktor kemenangan dalam pemilihan parti ialah kekerapan liputan dalam akhbar seperti (organ rasmi) Harakah dan (mingguan politik) Siasah atau media-media lain.

“Justeru itu, musuh berpeluang besar mempromosikan individu-individu tajaan mereka bagi mendapatkan kemenangan dalam pertandingan parti,” katanya, seperti dalam satu teks ucapan di Markaz Tarbiyah PAS di Gombak.

“(Keahlian terbuka PAS) ini akan membuka peluang besar kepada Umno dan musuh luar negara untuk meramaikan ahli PAS bagi tujuan mempengaruhi pemilihan PAS atau memenangkan musuh Islam yang sedang berada di dalam.

“Sehingga kini kita tidak mempunyai mekanisme khusus bagi dijadikan perisai menghadapi musuh kerana strategi ini dilakukan oleh Amerika Syarikat di dalam organisasi Islam di peringkat dunia.”

Dr Haron kemudian mencadangkan mekanisme pemilihan pemimpin atasan PAS diperketatkan bagi menghalang ejen tajaan asing menguasai parti itu.

Saranan itu dipertikaikan oleh beberapa peserta seminar tersebut yang dianggap ditujukan kepada pihak-pihak tertentu menjelang pemilihan dan muktamar.

Ahli jawatankuasa PAS Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi secara halus dan tidak langsung turut mempertikai kenyataan Dr Haron melalui satu artikelnya dalam Harakah minggu lepas.

Menjawab pertanyaan Husam tersebut, pengamal perubatan alternatif itu bagaimanapun menafikan ucapannya ditujukan kepada pihak tertentu, sebaliknya menyatakan ia dibuat secara umum.

Dr Haron juga berkata “Husam tidak pernah cakap dengan saya secara peribadi” tentang perkara tersebut.

“Saya ingat, tidak ada saya sebut (“musuh dalam selimut”). Saya tidak kata dalam PAS ada musang berbulu ayam. Dan saya tidak kata ada musuh dalam selimut.

“Tetapi saya sebut, musuh sentiasa ada, mungkin sebutan itu orang mengulas dan menambah,” jelasnya, sambil meminta maaf jika ucapannya itu disalahfaham.


Bekas pensyarah agama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu juga mengingatkan penyokong PAS supaya berhati-hati dengan laporan media “selain Harakah dan Siasah” yang belum dapat dipastikan kesahihan laporan mereka.

Mengulas lanjut isu “musuh dalam selimut”, Dr Haron hari ini berkata, dengan keahlian parti mencecah jutaan orang, sudah tentu musuh besar seperti Amerika Syarikat dan Israel merancang menggendalakan agenda Islam yang ingin dibawa PAS.

Dr Haron sebelumnya mengkritik sikap tidak patuh kepada pemimpin dan “lawan taukeh” yang disifatkannya sebagai “penyakit parti politik tidak Islam” agar tidak berjangkit ke dalam PAS.

Tidak jelas sama ada ungkapan ini ditujukan kepada Husam atau pemimpin lain yang menolak saranan kerajaan perpaduan seperti anjuran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau mengakhiri ucapan beliau dengan dengan laungan takbir daripada kira-kira 2,000 hadirin yang hadir.

Dalam ucapan penggulungan itu juga, Husam turut menyentuh mengenai displin parti di kalangan pemimpin dan ahli-ahli PAS.

Katanya, beliau mahukan lembaga displin mengambil tindakan tegas terhadap ahli yang bertindak sehingga boleh memecahbelahkan parti.

“Tidak kira siapa mereka, satu tindakan yang tegas terhadap mereka,” katanya.

Tambahnya, beliau boleh menerima kekalahan menentang Nasharuddin Mat Isa dan akan terus berkhidmat kepada PAS.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Abdul Hadi dan timbalannya itu kerana berjaya mengekalkan jawatan.

Advertisements

3 Respons

  1. Dia tu pun dah pencen baru nak garang. Masa Anwar dalam umno,bukan main lagi sokong Anwar sampai tak ada masa kat pas…..

  2. Banyak juga sms diterima kata Dr Haron Din berxxxxxx kepada muktamar??

    Betul atau tidak, bacalah Sinar Harian dan kertaskerja yang dibentangkannya.

  3. depa semua dah kenal harun din ni,dr mahathir kata ia bikin ayaq jampi untuk sembuhkan penyakit,begitu juga dalam pas main ayaq jampi lagi ke !

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: